Ahmad Albar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 31:
 
===Kehidupan awal dan kerjaya===
AlbarBeliau dilahirkan di [[Surabaya|Surabaya]], [[Jawa Timur]] pada 16 Julai 1946 kepada Syech Albar dan isterinya Farida Alhasni.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Kedua-dua ibu bapanya adalah berketurunan [[Arab]].{{sfn|Dari Gambur Melahirkan OM dan Dangdut}} Beliau merupakan anak keempat pasangan itu.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Pada tahun 1958 beliau membintangi filem ''Djenderal Kantjil'' (Jeneral Kancil).{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}}
 
Albar berpindah ke [[Belanda]] pada tahun 1965.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Pada tahun 1970 beliau menyanyikan "Don't Spoil My Day" dan "Tell Me the World" dengan Clover Leaf, yang menaiki carta.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Selepas kembali ke [[Indonesia]], beliau mengasaskan [[God Bless]] dengan [[Jockie Soerjoprajogo]], Fuad Hassan, Donny Fattah, dan rakannya dari Clover Leaf, Ludwig Lemans; Albar adalah vokalis utama.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Persembahan pertama kumpulan itu adalah di [[Taman Ismail Marzuki]] pada 5 Mei 1973, dan pada 16 Ogos 1973 mereka mengadakan konsert Summer 28, konsert terbuka yang pertama (dan, pada tahun 2004, terbesar) di Indonesia.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}} Kumpulan itu, dengan Albar, juga membintangi komedi 1973 ''Ambisi'' (Cita-Cita), yang diarahkan oleh Nya Abbas Akup.{{sfn|Theodore KS 2004, Achmad Albar, Sang Ikon}}