Kubah al-Sakhrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nama yang sebenar dalam Bahasa Melayu (hanya pada permulaan)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
 
== Pembinaan ==
Dalam tahun [[630]], beberapa tahun sebelum Qubbat As-Sakhrah dibina, [[Saidina Umar Al-Khatab|Umar ibn al-Khattāb]] dibantu oleh Kaab al-Ahbar dan orang Islam yang lain memulihkan batu-batu asas dan menggali ia keluar daripada debu dan membersihkan kawasan yang telah ditinggalkan untuk beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tentera [[Empayar Rom|Rom]]. Ibn Asakir<ref>Ibn Asakir, Tarikh Madinat Dimashq 1, ms. 176.</ref> menyatakan yang [[Saidina Umar Al-Khatab]] tidak pernah membina apa-apa rumah ibadat untuk orang Islam bersembahyang tetapi memilih untuk mendirikan sbuahsabuah [[masjid]] di kawasan selatan [[Al Haram Al Sharif]]. Saidina Umar berbuat demikian bagi menjelaskan bahawa [[kiblat]] terletak di bahagian selatan, ke arah [[Kaabah]] di [[Mekah]] dan bahawa orang Islam tidak pernah berbalah dalam menentukan arah kiblat. Kawasan batu asas kekal tidak terbongkar sehinggalah masa khalifah [[Abdul Malik bin Marwan]] yang memulakan pembinaan dalam tahun [[685]], menyiapkannya dalam tahun [[691]]. Sarjana Islam al-Wasiti melaporkan kejadian ini:
 
{{cquote|Apabila [[Abdul Malik bin Marwan]] hendak membina Qubbat As-Sakhrah, baginda datang dari [[Damsyik]] ke [[Baitulmuqaddis]]. Dia menulis, "Abd al-Malik berkehendakan untuk membina sebuah kubah di atas As-Sakhrah (Batu) untuk melindungi orang Muslim daripada panas dan sejuk, dan hendak membina [[masjid]]. Tetapi sebelum dia bermula dia ingin tahu pendapat rakyatnya." Dengan persetujuan mereka, timbalan menulis kembali, "Semoga Allah membenarkan siapnya projek ini, dan moga Allah s.w.t. merestui pembinaan masjid dan kubah ini dan memberi rahmat kepada Abd al-Malik dan para penggantinya." Dia kemudian menghimpunkan tukang-tukang binaan daripada semua wilayah kekuasaannya dan meminta mereka untuk menyediakan deskripsinya dan bentuk perancangan kubah pembinaan dirancangkan.|||Abu-Bakr al-Wasiti, Fada'il Bayt al-Maqdis, ms. 80-81, judul 136.<ref>Nasser Rabbat, Qubbat As-Sakhrah: Beberapa sari kata al-Wasiti, Muqaranas, Judul 10,</ref>}}