Joseph Pairin Kitingan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
'''[[Darjah kebesaran Melayu|Tan Sri]] [[Datuk|Datuk Seri]] [[Rujukan kehormat|Panglima]] Joseph Pairin Kitingan''' (dilahirkan pada 17 Ogos 1940 di [[Papar]], Sabah) merupakan seorang ahli politik [[Malaysia]] dan pernah menjadi [[Ketua Menteri Sabah|Ketua Menteri]] [[Sabah]] ke-7.<ref>{{cite web |url=http://www.sabah.gov.my/dun/arkib/ketuamenteri.htm |title=Senarai Ketua Menteri Sabah |accessdate=5 Ogos 2008 |publisher=Kerajaan Negeri Sabah}}</ref> Beliau memegang jawatan ini dari April 1985 hingga Mac 1994. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan memegang kedua-dua jawatan ini sejak Mac 2004.
Pairin pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu, sebuah sekolah lelaki di [[Kota Kinabalu]].<ref>{{cite web |url=http://www.lasallesacredheart.org/Exco/pastpresidents.htm|title=Past Presidents|publisher=Association of Ex-students of La Salle and Sacred Heart|accessdate=2008-01-22}}</ref> Beliau memperolehi biasiswa Rancangan Colombo dan melanjutkan pelajaran di [[Universiti Adelaide]] dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.
 
Adiknya [[Jeffrey Kitingan]] juga seorang ahli politik tetapi di [[Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH]] (STAR).