Jerman Barat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 75:
[[Fail:Germany divided BRD.png|thumb|left|Jerman Barat dan Berlin Barat (hijau), selepas penyertaan Saarland pada tahun 1957, selepas penyertaan 5 buah negeri bekas Jerman Timur dan Berlin Timur pada tahun 1990]]
 
Pada tahun [[1957]], [[Saarland]] menyertai Jerman Barat. Jerman Barat, yang merupakan sebahagian daripada negara Bangsa Jerman kekal sama selepas proses [[Penyatuan semula Jerman]], selain daripada keluasan dan bilangan penduduk menambah kira-kira 25%. Selepas penggabungan ini, Jerman meneruskan dasar-dasar pembangunan awalnya, mengekalkan keahliannya dalam pertubuhan antarabangsa termasuk pakatan Barat seperti [[Kesatuan Eropah]] (EU) dan [[Pertubuhan Perjajian Atlantik Utara]] (NATO). Semasa zaman [[Perang Dingin]], selepas tiga buah negeri Jerman yang berlainan didirikan di [[Zon Pendudukan Perikatan di Jerman|Zon Pendudukan Perikatan]], Republik Persekutuan yang merupakan satu-satunya negeri Jerman yang merdeka dan demokratik menuntut [[Mandat Jerman|mandat eksklusif]] terhadap seluruh Jerman, serta menganggapnya sebagai ''[[Reich]]'' Jerman baru yang diaturkan semula secara demokratik. Hal ini bermaksud, Jerman Barat mahu memikul tanggungjawab bagi kesan-kesan [[Perang Dunia Kedua|peperangan]], dan juga mengekalkan tradisi seperti [[Senarai kod lesen antarabangsa|kod lesen kereta antarabangsa]] ''D'' yagyang khusus untuk Jerman yang diperkenalkan pada tahun [[1910]].
 
Asas kedudukan berpengaruh Jerman pada hari ini dibentuk sewaktu zaman ''[[Wirtschaftswunder]]'' atau Keajaiban Ekonomi sekitar [[1950-an]] ketika Jerman Barat bangkit daripada kemusnahan teruk akibat [[Perang Dunia Kedua]] menjadi ekonomi keempat erbesar di dunia. Canselor pertamanya ialah [[Konrad Adenauer]] yang menerajui kerajaan sehingga [[1963]], bukan sahaja memilih kampung halamannya [[Bonn]] sebagai ibu negara sementara (sebab itulah zaman itu dikenali sebagai ''Bonner Republik'' - Republik Bonn.<ref>[http://www.bpb.de/themen/XGTYH6,6,0,Probleme_der_inneren_Einigung.html Bundeszentrale für Politische Bildung]</ref>)bahkan mengukuhkan hubungan dengan Kuasa-kuasa Barat yang lain. Beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan keahlian di dalam NATO, bahkan mengasaskan kerjasama yang kini berkembang menjadi EU. Menjelang penubuhan [[G8|Kumpulan Enam]] (G6), keahlian Jerman di dalamnya tidak dapat dipertikaikan lagi.