Unplugged (album Siti Nurhaliza): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 60:
{{Quote box|width=350px|align=left|quote="Ini adalah hadiah saya kepada peminat saya yang sentiasa menyokong kerjaya saya sejak hari pertama. Saya tidak fikir saya akan dapat untuk berada di mana saya hari ini tanpa sokongan padu daripada peminat dan orang-orang di sekeliling saya termasuk keluarga dan media." |source=—Siti Nurhaliza semasa merakamkan ''Unplugged''<ref name="Unplugged - NST">Nur Aqidah Azizi (3 Julai 2015). [http://www.nst.com.my/node/90722 Siti’s early Raya gift for fans] [[New Straits Times]]. Dicapai pada 22 Ogos 2015.</ref>}}
Dalam proses
Kemasukan trek bonus untuk mengikuti keluaran audio album itu dilakukan selepas konsert. Salah satu trek, "[[Mikraj Cinta]]", yang ditulis oleh [[Hafiz Hamidun]] dan [[Ahmad Fedtri Yahya]] sebenarnya dipersembahkan secara langsung buat pertama kalinya semasa persembahan beliau untuk "Sirah Rasulullah" pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 sempena [[Maulidur Rasul]]. <ref name="Unplugged - Berita Harian"/><ref name="Unplugged - Budiey">Budiey (30 Disember 2014). [http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-search-di-sirah-rasulullah-tahajjud-cinta/ Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta] Budiey.com. Dicapai pada 22 Ogos 2015.</ref> Diilhamkan daripada peristiwa [[Israk dan Mikraj]], pemain biola dari [[Asia Barat]] telah diupah untuk menyediakan bunyi bahasa Arab. <ref name="Unplugged - Berita Harian"/> Baki dua trek bonus, "Engkau" dan "[[Menatap Dalam Mimpi|Menatap dalam Mimpi]]" telah dihasilkan oleh [[Aubrey Suwito]] dengan lirik kedua-dua telah disediakan oleh Ade Govinda dan Rozi Sang Dewi. <ref name=liner/> Menurut Aubrey, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan melodi untuk "Menatap dalam Mimpi" apabila melihat sebuah puisi yang telah dimuat naik oleh Rozi dalam akaun [[Twitter]] beliau. <ref name="Unplugged - Rakyat2">Shazryn Mohd Faizal (7 Jun 2015). [http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/06/07/lagu-ciptaan-20-minit-untuk-siti-nurhaliza/ Lagu ciptaan 20 minit untuk Siti Nurhaliza] The Rakyat Post. Dicapai pada 22 Ogos 2015.</ref> Beliau menamatkan keseluruhan lagu dalam hanya 20 minit. <ref name="Unplugged - Rakyat2"/> Dirakam di studio rakaman Aubrey, menurut Siti:"Ia memiliki elemen muzikal yang memerlukan saya mempelbagaikan penggunaan julat vokal saya. Tidak salah kalau saya katakan, ia seperti sebuah lagu muzikal yang sering kita dengar dalam filem-filem [[Walt Disney]]."<ref name="Unplugged - Rakyat2"/>
|