Universiti Pendidikan Sultan Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 43:
Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di [[Taiping]] bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah [[Ngah Ibrahim]] sebelum berpindah secara tetap ke [[Tanjung Malim]] dan diberikan nama baru sempena sultan [[Perak]] pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di [[Tanjung Malim]]. Namanya sempena nama [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar]] yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun [[1849]] dan mangkat pada tahun [[1916]].
 
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada [[29 November]] [[1922]].<ref>[http://arkibwww.pnm.gov.my/bm/programkhasyangpertama/kisahsejarah1Edu_UPSI.htm Kisah sejarah di Arkib Negara Malaysia]</ref>
 
===Tujuan penubuhan===
Baris 53:
===Semasa Perang Dunia Kedua===
 
Semasa [[Perang Dunia II|Perang Dunia Kedua]], SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabila perang mula merebak, pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Selepas perang, SITC dibuka semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat. Semangat kebagsaankebangsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.
 
===Selepas Merdeka===