Makam Diraja Langgar, Alor Setar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Makam Diraja Langgar''' merupakan sebuah makam diraja negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar [[Alor Setar]...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Azuru79 (bincang | sumb.)
memadam kandungan yang tidak relevan dengan tajuk rencana
Baris 3:
Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar.
Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. [[Tunku Abdul Rahman|Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah]] sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di [[Masjid Negara]], [[Kuala Lumpur]].
 
Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulam yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.
 
Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.
 
Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah:
 
1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)
 
2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua
 
3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut
 
4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir
 
 
Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.