Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 111:
Begitu juga, Jivatman (roh Individu) yang dinamakan sebagai 'Pasu' (roh yang terikat) adalah Shiva sendiri. Dengan mengamalkan pratyabhijna (mengingati akan sifat sebenarnya sebagai Shiva), roh dapat melepaskan segala avarana (liputan) dan bersatu dengan Shiva. Ini adalah '''Mukti''' atau kebebasan.
 
Namun, mukti hanya boleh dicapai dengan berkhidmat kepada guru rohani , mendengar ajaran-ajaran Śastra (kitab suci), memikirkan tentangnya, dan mengamalkan yoga. Kebebasan muktamad hanya boleh diperolehi dengan '''Sivanugraha''' (rahmat Shiva), atau nama teknikalnya, ''''Saktipata'''<nowiki/>' (curahan kesaktian Shiva).
 
Pada hakikatnya, menurut Saivisme Kashmir, Shiva yang meliputi diri-Nya dengan Maya dan menjadi Roh Individu yang terikat. Shiva sendiri yang menyedari Diri-Nya sendiri dan mendapatkan kembali identiti asal-Nya. Maka, '''Svatmavismarana''' (lupa diri) dan '''Svatmapratyabhijna''' (peringatan diri) adalah dua keadaan dalam permainan Shiva!
Baris 162:
 
==== YOGA ====
Yoga diberikan maksud ''''samyoga'''<nowiki/>' (kesatuan) Atman ('Pasu') dan Isvara (Pasupati).
 
Ini merangkumi tindakan tersisih atau melepaskan diri daripada segala keselesaan dan nikmat duniawi dan melihat Isvara sebagai satu-satunya matlamat hidup. Yoga ini boleh dicapai dengan rahmat Isvara atau dengan berserah sepenuh pada-Nya.
Baris 172:
 
==== DUHKHANTA ====
Ini ialah Pancartha terakhir. Ia bermaksud kesudahan segala duka dan penderitaan, sama seperti kebebasan atau Mukti. Ini dicapai dengan menarik minda daripada segala objek duniawi dan mengarahkannya pada Pasupati. Dengan ini, 'pasu' dapat berserah sepenuhnya pada Pasupati dan hidup berhampiran-Nya ('''samipa prapti'''). Dalam mukti ini, Jiva tidak akan 'hidup bersendirian' ('<nowiki/>'''Kaivalya'''<nowiki/>', seperti dalam sistem Sankhya) atau penyatuan sepenuhnya (''''Aikya'''<nowiki/>' seperti dalam Advaita Vedanta). 'Pasu' akan berada selama-lamanya bersama Pasupati.
 
Menurut karya-karya Pasupata, kuasa-kuasa ajaib akan diperolehi pada tahap duhkhanta. Namum, seorang Yogi tidak digalakkan untuk memberi perhatian kepada kuasa ajaib kerana ia akan menghalangnya daripada mencapai mukti.
 
== Saiva Siddhanta ==
'Saiva Siddhanta' bermaksud doktrin Saivisme pada amnya. Namun, ia telah menjadi terma yang digunapakai untuk mengenalpasti falsafah Saivisme dari Tamil Nadu selama 1300 tahun. Ia lebih merupakan suatu agama mistik daripada suatu sistem falsafah Hindu yang teratur dan spekulatif. Agama ini berasaskan kepada karya-karya 63 orang Nayanar atau [[Nayanmar]] yang telah hidup antara kurun ke-7 hingga ke-12 Masihi.
 
KaryaAyat-ayat suci [[Tirumurai]], karya utama [[Saiva Siddhanta]] yang disenaraikan oleh [[Nambi Andar Nambi]] (1000 Masihi) adalah seperti berikut:
{| class="wikitable"
!No. Serial Buku-buku
Baris 217:
|Kurun ke-12
|}
Percubaan pertama untuk menghasilkan karya Saivisme Tamil yang teratur telah dilakukan oleh [[Meykandar]] (kurun ke-13) dalam karya popularnya ''[[Sivajnanabodham]]'', sebuah karya pendek dengan 12 aforisme. Nampaknya, karya ini merupakan suatu terjemahan Tamil daripada karya asal Sanskrit.
 
Karya utama lain ialah ''[[Sivajnana Sittiyar]]'' oleh [[Arunandi]], seorang pengikut [[Meykandar]]. Karya ini dan beberapa ulasan-ulasannya masih popular.
 
[[Sivajnanabodham|S''ivajnanabodham'']] menyebut dan menghuraikan tiga konsep asas utama - Pati, pasu dan pasa dan memberikan sadhana untuk pasu menyedari Pati dan phala atau hasil amalan rohani yang diperolehi oleh seseorang.
 
Falsafah Saiva Siddhanta adalah hampir serupa dengan falsafah kultus [[Pasupata]]. Perbezaannya ialah Saiva Siddhanta menerima 36 prinsip asas (seperti [[Saivisme Kashmir]]) sementara [[Pasupata]] hanya menerima 25.
 
== Vira Saivisme / Lingayat ==
 
=== Pengenalan ===
Vira Saivisme atau Agama Lingayat ialah suatu Saivisme yang berleluasa di [[Karnataka]], India Selatan. Menurut pendapat orthodoks, agama ini ialah suatu agama purba yang berasal daripada guru-guru seperti [[Revanaradhya]], [[Marularadhya]], [[Panditaradhya]], dan lain-lain. Namun, ini disangkal oleh segolongan yang lain.
 
Dalam zaman sejarah, [[Basavesvara]] (1186 Masihi), juga dikenali sebagai [[Basavanna]] atau [[Basava]] yang menjadi perdana menteri [[Raja Bijjala]] (yang memerintah daripada 1157 - 1167 Masihi) ialah reformis utama (kalau bukan pengasas) mazhab ini.
 
Mazhab ini juga telah diperkayakan oleh lebih 300 guru-guru dan orang-orang alim seperti [[Allama Prabhu]], [[Cannabasavanna]] dan [[Akkamahadevi]]. Mereka telah memperbaharui gerakan agama dan sosial pada zaman mereka.
 
=== Dogma-Dogma Utama ===
Satu ciri khas Vira Saivisme ialah kepentingan utama yang diberikan kepada [[Shivalinga]] sebagai satu-satunya simbol Tuhan [[Mahadeva|Shiva]]. Oleh itu, mazhab ini juga dikenali sebagai 'Lingayata' (agama yang menganggap Linga sebagai asas utamanya). Seorang yang menerima Diksha dalam mazhab ini akan mendapat sebuah Shivalinga daripada guru yang bertauliah. Shivalinga tersebut mesti sentiasa dipakai pada badan seseorang agar seluruh badannya menjadi suci.
 
Rukun-rukun utama mazhab ini ialah:
Baris 274:
 
=== Doktrin Sakti Visiṣṭadvaita ===
Sama seperti falsafah [[Visiṣṭadvaita]] [[Ramanujacharya|Ramanuja]] (1017-1137 Masihi), mazhab Vira Shaivisme juga menerima falsafah Visiṣṭadvaita, meskipun ianya sedikit berlainan.
 
Dalam sistem [[Ramanujacharya|Ramanuja]], Brahman adalah [[Advaita]] (satu tanpa yang dua), tetapi dibataskan (visiṣṭa), disebabkan Prakrti (acit) dan Jiva (cit) wujud dalam Brahman sebagai entiti-entiti yang tidak boleh dipisahkan.
 
Sebaliknya, dalam Vira Shaivisme, batasan (visiṣṭa) hanya terhad pada Sakti atau kuasa Brahman, yang membantu dalam proses ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
 
Brahman (Tuhan) dan Sakti-Nya tidak berbeza, sama seperti bahang tidak berbeza daripada api. Brahman juga sentiasa sedar akan kuasa-Nya. Maka, di sini visiṣṭatva bermaksud hanya vimarsa atau kesedaran-diri tentang kuasa semulajadi. Oleh itu, sistem ini mendapat nama [[Sakti Visiṣṭadvaita]].
 
=== Doktrin Ṣaṭsthala ===
Baris 296:
 
=== Kesimpulan ===
Vira Shaivisme ialah suatu agama purba [[Shaivisme]]. Agama ini telah diperkayakan oleh ramai golongan alim. Ia juga telah menyuarakan pembaharuan dan kesamarataan dalam masyarakat. Kepentingan diberikan kepada kerja dan perkhidmatan, bukan sahaja sebagai suatu obligasi sosial, tetapi juga sebagai sebahagian daripada perkembangan rohani seseorang. Ini menyebabkan mazhab ini menarik ramai penganut-penganut. Walaupun secara beransur-ansur, aspek pembaharuan sosial telah hilang (disebabkan amalan sistem kasta yang ketat), namun, aspek-aspek lain sistem ini sesungguhnya telah memperkayakan [[Hinduisme]].
 
[[Kategori:Agama monoteisme]]