Perbezaan antara semakan "Perang Uhud"

3 bait ditambah ,  2 tahun lalu
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, [[Khalid bin al-Walid]] ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera [[Islam]] terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan [[Nabi Muhammad s.a.w.]] telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
 
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh [[Nabi Muhammad s.a.w.]] sepanjang hayatnya. {{fakta}} Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi [[Nabi Muhammad s.a.w.]] dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
 
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.
== Tentera yang terbunuh ==
* Bilangan tentera [[Islam]] yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera [[Quraisy]] seramai 23 orang tetapi nombor ini dipercayai kurang tepat.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Berundur ke Bukit Uhud] Utusan Online. 8 Jun 2011.</ref>
* Bapa saudara nabi, Saidina [[Hamzah bin Abdul Muttalib]] telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama [Wahsyi]. [Wahsyi] telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.<ref>Ibn Ishaq (1955) 380—388, dalam Peters (1994) m/s. 218</ref>
* Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.
 
Pengguna awanama