Buangan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 1:
'''Buangan''' atau '''eksil''' bererti berada berjauhan daripada tempat tinggal (iaitu kota, negeri ataupun negara), disebabkan sama ada tidak dibenarkan pulang dan/atau diancam akan dipenjara ataupun dibunuh sekiranya pulang. Buangan boleh menjadi sebentuk [[hukuman]] dan [[keterpencilan]].<ref name="Hobbes">{{cite book |last=Hobbes |first=Thomas |title=Leviathan; Or, The Matter, Form and Power of a Commonwealth, Ecclesiastical and Civil |year=1886 |location= |page=145 |url=http://books.google.com/books?id=8-QtAAAAIAAJ&pg=PA145&dq=Exile+can+be+a+form+of+punishment.&as_brr=1&ie=ISO-8859-1 | doi = |id= |publisher=George Routledge and Sons }}</ref>
 
"Buangan" sering dibahagikan kepada '''buangan dalam''', yakni penempatan semula di dalam negara asal, dan '''buangan luar''' [[pengusiran]] atau deportasi ke luar negara asal.<ref>http://oxforddictionaries.com/definition/english/internal%2Bexile. Retrieved 2013-02-09</ref> Kendatipun perkataan "buangan" lazimnya digunakan terhadap individu, ia juga digunakan terhadap kumpulan (terutamanya etnik atau kebangsaan) , ataupun terhadap sesebuah kerajaan. Istilah-istilah seperti '''[[diaspora]]''' dan '''[[pelarian]]''' menggambarkan buangan kumpulan, sama ada secara sukarela ataupun secara paksa, sementara '''[[kerajaan buangan]]''' pula memerikan kerajaan sesebuah negara yang terpaksa berpindah keluar dari sesebuah negara dan terus menyatakan kesahannya dari luar negara tersebut.