Jamal Jamaluddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21:
Jamal dilahirkan pada 7 Julai 1963 di [[Kuala Lumpur]], [[Persekutuan Tanah Melayu]]. Beliau mula didedahkan dengan radio ketika berusia 16 tahun, semasa menduduki tingkatan empat. Selepas menduduki peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] (SPM), Jamal menyambung pelajarannya di Kolej Knox, [[Illinois]], [[Amerika Syarikat]] dalam jurusan [[sains komputer]]. Demi minat, beliau menyertai stesen radio milik kampus universiti sebagai penyampai.<ref name="Jamal serasi"/>
 
Selepas menamatkan pengajian pada 1986, Jamal pulang ke Malaysia bagi memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio.<ref name="Jamal serasi"/> Berkat kesabaran, pada 1998, beliau menyertai [[AMP Radio Networks]] (kini [[Astro Radio]]), seterusnya diberi tawaran menyertai stesen radio Light & Easy (kini [[Lite (stesen radio)|Lite]]) sebagai penyampai, kemudian beliau ditukarkan ke Era yang baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk [[Halim Othman]], [[Faizal Ismail]], [[Khairil Rashid]], [[Linda Onn]], David Low, [[Seelan Paul]], [[Nadira Azizan]], [[Kudsia Kahar]], Subarma Mokhtaruddin dan [[Najman Mohamed]].<ref name="Jamal serasi"/>
 
Pada 2004, Jamal (bersama-sama dengan Subarma Mokhtaruddin, David Low dan Najman Mohamed) berpindah ke Sinar FM yang mula beroperasi pada 1 Mac 2004. Sejak itu, beliau berkhidmat untuk Sinar hingga kini. Bersama Sinar, beliau mengendalikan rancangan ''Arena Rock'' dan ''Cetusan Hati dan Dedikasi''.<ref name="Jamal serasi"/>