Rock Bro!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dannylango (bincang | sumb.)
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 32:
Filem ini merupakan sekuel akhir bagi plot perjalanan kumpulan Rimba Bara. Berbekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Baharon dan Kamarul Haji Yusof, ia mengisahkan bagaimana mereka mengharungi  zaman penurunan pengaruh muzik rock tanah air. Que Haidar yang memegang watak Amy Mat Piah tidak menyertai filem tersebut atas faktor komitmen lain. Namun terdapat ''Cameo'' dalam babak awal filem. Ketiadaan watak Amy Mat Piah agak memberi impak kepada teman seperjuangan serta penonton yang mengikuti sekuel tersebut daripada filem rock yang pertama. Khir Rahman cuba memujuk Que untuk menjayakan filem tersebut namun menghormati keputusan yang telah dibuat.
 
“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif. Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya. Filem Rock Bro memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini”. <ref>http://www.bharian.com.my/node/197241</ref>
 
Hasnul Rahmat juga tidak menyertai pembikinan filem ini dan watak Zack dibawa oleh [[Isma Daniel]] yang mana beliau menggalas watak Zack yang sudah berusia. Watak Ratu rock Malaysia, [[Nor Zila binti Haji Aminuddin|Ella]] dilakonkan oleh Amy Juliet. Mamat Khalid dalam ulasannya mengenai watak Ella menyebut,
 
“Kita mahu kaitkan industri rock tanah air pada masa lalu turut menampilkan artis rock wanita dan kita mahu penonton mengimbau kenangan lalu bahawa muzik rock turut mempunyai penyanyi rock wanita”. <ref>http://postmetro.net/ella-berlakon-dalam-filem-rock-bro</ref>
 
Selain itu, beberapa nama-nama besar dalam industri musik dan hiburan membuat penampilan khas iaitu [[Dato' Hattan]], [[Man Kidal]], [[Black Wings]], [[Shuib Sepahtu|Syuib Sepahtu]] [[Jihan Muse|Jihan Musa]] dan Kaka. 
Baris 48:
* Fatin Syahirah sebagai Aishah ( anak Slash dan Puteh )
 
==Produksi Pembikinan ==
'''KRU''' 
 
Pengarah : Mamat Khalid 
 
Baris 77 ⟶ 75:
Cerita Asal / Skrip : Mamat Khalid
 
=== Tempat penggambaran ===
'''Lokasi'''
 
Proses pengambaran dilakukan disekitardi sekitar negeri Perak.{{Fakta}}
 
'''== Ulasan''' ==
 
Filem Rock boleh dianggap sebagai naskhah paling suksesberjaya hasil sentuhan pengarah yang terkenal dengan keunikannya, Mamat Khalid. Memasuki sekuel ketiga berjudul Rock Bro, Mamat memberitahu, naskhah itu merupakan francais terakhir bagi filem fenomena tersebut. “Sejak pertama kali francais ini ditayangkan pada tahun 2005 melalui judul yang dikenali sebagai Rock, ia lebih menceritakan mengenai permulaan kisah sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi sebuah kumpulan rock ternama di Malaysia.“Selepas itu, sekuel kedua iaitu Rock Ooo pula menceritakan mengenai zaman transisi dan kejayaan sebagai kumpulan rock dalam meneruskan survival perjuangan rock mereka sewaktu itu. “Bagaimanapun, menerusi francais terakhir filem tersebut yang dikenali sebagai Rock Bro, filem ini menyaksikan zaman kejatuhan irama rock dalam menghadapi pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre baharu lain dalam industri muzik Malaysia. Jadi secara keseluruhan, filem Rock Bro akan menjadi filem penutup bagi francais filem Rock ini,” kata Mamat.<ref>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz4RI5WxIEs.</ref> Selain itu Mamat Khalid juaga, berkata pembikinan terkini "Rock Bro!" akan menjadi yang terakhir dan tidak akan ada lagi kesinambungan kepada francais filem tersebut. "Kerja terbaru saya adalah lebih peribadi dan yang terakhir untuk" Rock "trilogi dan ia adalah mustahil bagi saya untuk menghasilkan kesinambungan.“Hanya tiga filem Rock  sudah memadai," Menurut pengarah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan filem yang "lebih peribadi", ia adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia bukan sahaja mengenai band ini Rimba Bara tetapi juga perjuangan semasa era rock di Malaysia sekitar tahun 90-an awal.<ref>http://sports.yahoo.com/news/mamat-khalid-rock-bro-more-094800413.html.</ref>
 
=== Pendapat ===
Shazryn Mohd Faizal, penulis SuaraTV dalam tulisan beliau mengatakan, biarpun tidak ketawa berdekah-dekah tetapi penulis masih mampu tersenyum sepanjang menyaksikan Rock Oo! yang telah mencatatkan kutipan hampir RM4 juta sewaktu tayangannya sambil memuji kebijaksanaan Mamat dalam menghasilkan filem berkenaan. Rock Bro! adalah pengakhiran terindah untuk mengkhatamkan siri filem tersebut agar ia menjadi filem yang akan terus dikenang peminat sekali gus melekat di hati peminat tegar trilogi Rock. Jalinan cerita yang kemas dan pembentangan lakon layar yang divisualkan dengan baik oleh Mamat terus menguatkan Rock Bro! dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya banyak boleh dikupas. Sindiran tajam dan pedas yang seringkali menjadi taruhan Mamat dalam setiap filemnya masih lagi berbisa dalam Rock Bro!. Malah, watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini juga mempunyai simbolisme tersendiri dalam menterjemahkan karakter sebenar mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri. Disebabkan itu, Rock Bro! juga adalah homage kepada industri muzik dan hiburan tempatan secara keseluruhannya dan sindiran Mamat untuk filem ini pastinya akan terkena diri mereka yang terlibat itu. <ref>http://www.suara.tv/2016/11/03/rock-bro-pengakhiran-indah-filem-trilogi-rock/.</ref>
 
Cinnamon Lion melalui tulisan dalam Cinema Online memberikan 4/5 bintang secara keseluruhan. Dalam ulasanya, Tidak seperti pendahulunya, filem ketiga sedikit lebih kepada bentuk peribadi dan dramatik kerana ia diambil daripada perspektif ketua kumpulan Rimba Bara iaitu Jijo, dan ia juga membentangkan kisah zaman kanak-kanak Jijo yang tidak pernah ditunjukkan dalam kedua-dua filem sebelumnya Tahniah kepada semua pelakon,  tetapi perhatian utama filem ini adalah watak Khir Rahmania iatu Jijo yang benar-benar menarik dalam peranannya, menunjukkan sisi yang sama sekali baru untuk wataknya yang menyegarkan dan mengejutkan. Selain daripada Khir Rahman, pelakon baru, Amy Juliet juga memainkan peranan yang baik dalam menggambarkan ratu rock Malaysia Ella. Walaupun dia tidak mempunyai banyak adegan dalam filem itu, penampilannya pasti meninggalkan kesan yang besar kepada penonton. Secara keseluruhan, cerita dalam filem ini agak memuaskan dan ia berjaya dengan baik mengakhiri seluruh trilogi.<ref>http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2016.10500.rockbro.20591#1ulYfJL7i1SwhI2E.97.</ref>
Baris 96 ⟶ 94:
* Zack dan Slash tidak pernah berjumpa kerana Zack hanya muncul dalam filem Rock 2005, manakala Slash mula tampil dalam Rock Oo. Mereka saling tidak mengenali, tiada babak yang menunjukkan mereka pernah bersua muka sebelum ataupun selepas Zack keluar rimba bara.
* Ajak sememangnya seorang pemuzik sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini. Kali pertama watak pemuziknya ialah dalam filem Rock 2005 kemudiannya dalam Zombie Kampung Pisang sebagai Pian Pe'ot bassist Real ABCD.
* Zul yang insaf dan lari sekejap dari dunia rock selepas membaca majalah At-Taqwas dan menyertai kumpulan agama, secara tidak langsung merujuk kepada gerakan Al-Arqam yang hangat diperkatakan pada waktu itu.
 
== Rujukan ==
<references />
 
==Pautan luar==
 
{{Mamat Khalid}}
{{Filem terbitan Grand Brilliance}}
 
[[Kategori:Filem bahasa Melayu]]