Astrofizik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Walaupun astronomi sama kuno seperti catatan tentangnya juga, ia telah lama dipisahkan dari fizik. Dalam pandangan [[Aristotle]], dunia samawi lebih cenderung kepada penyempurnaan—jasad di langit kelihatan seperti sfera lengkap yang bergerak dalam orbit yang sempurna bulat—manakala dunia lebih kepada kurang sempurna; kedua-duanya kelihatan tidak berkaitan.
 
[[Aristarchus dari Samos]] (kk.310 – kk.250 SM) menjadi orang pertama menyatakan bahawa pergerakan jasad samawi boleh diterangkan dengan menganggap [[Bumi]] dan semua [[planet]] lain dalam [[sistem suria]] mengelilingi [[matahari]]. Malangnya, dalam dunia geosentrik ketika itu, teori [[heliosentrik]] Aristarchus dibuang dan dicerca, dan berabad lamanya, kenyataan ketara yang diterima akal menunjukkan bahawa matahari dan planet lain mengelilingi Bumi dan semua itu tidak lagi dipersoalkan. Kemudian, seorang ahli astronomi yang bernama [[Nicolaus Copernicus]], mendedahkan model heliosentrik pada [[abad ke-16]]. Pada 1609, [[Galileo Galilei]] menemui empat bulan tercerah bagi [[Musytari]], dan mencatatkan orbit mereka pada planet tersebut, dan ini bercanggahan dengan dogma geosentrik bagi [[Gereja]] [[Katolik]] pada masa itu. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman berat setelah menyatakan bahawa astronominya hanya sebuah kerja [[matematik]], dan bukan ilmu alam (fizik) yang menjadikannya abstrak semata-mata.
 
[[kategori: Astronomi]]