Astrofizik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
[[Aristarchus dari Samos]] (kk.310 – kk.250 SM) menjadi orang pertama menyatakan bahawa pergerakan jasad samawi boleh diterangkan dengan menganggap [[Bumi]] dan semua [[planet]] lain dalam [[sistem suria]] mengelilingi [[matahari]]. Malangnya, dalam dunia geosentrik ketika itu, teori [[heliosentrik]] Aristarchus dibuang dan dicerca, dan berabad lamanya, kenyataan ketara yang diterima akal menunjukkan bahawa matahari dan planet lain mengelilingi Bumi dan semua itu tidak lagi dipersoalkan. Kemudian, seorang ahli astronomi yang bernama [[Nicolaus Copernicus]], mendedahkan model heliosentrik pada [[abad ke-16]]. Pada 1609, [[Galileo Galilei]] menemui empat bulan tercerah bagi [[Musytari]], dan mencatatkan orbit mereka pada planet tersebut, dan ini bercanggahan dengan dogma geosentrik bagi [[Gereja]] [[Katolik]] pada masa itu. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman berat setelah menyatakan bahawa astronominya hanya sebuah kerja [[matematik]], dan bukan ilmu alam (fizik) yang menjadikannya abstrak semata-mata.
 
Kewujudan data cerapan yang jitu (kebanyakannya dari cerapan [[Tycho Brahe]]) membolehkan kajian terhadap penjelasan bagi perlakuan objek yang dicerap. Pada mulanya, hanya peraturan [[empirik]] yang dijumpai, iaitu [[hukum gerakan planet Kepler]], muncul pada awal [[abad ke-17]]. Abad seterusnya, [[Isaac Newton]] menyambungkan jurang antara hukum Kepler dan dinamik Galileo dan menemui hukum yang sama menguasai dinamik objek di Bumi turut menguasai gerakan planet dan bulan. [[Mekanik samawi]], penglibatan [[graviti]] Newton dan hukum Newton yang menerangkan hukum gerakan planet Kepler merupakan penyatuan fizik dan astronomi.
 
[[kategori: Astronomi]]