Cinta Fatamorgana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini maklumat.
Baris 20:
}}
 
'''''Cinta Fatamorgana''''' ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2018 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh [[Azar Azmi]], [[Aeril Zafrel]] dan [[Syazuwan Hassan]]. Drama ini memulakan tayangan perdana di [[Slot Akasia]] [[TV3]] dari 13 April hingga 22 Mei 2018, menggantikan ''[[Zahir Tak Terucap]]''.<ref>[http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-cinta-yang-dikorbankan-1.655107 Kisah cinta yang dikorbankan] ''[[Kosmo!]]'' (22 April 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.</ref><ref>[https://kbergetar04.blogspot.com/2018/04/drama-cinta-fatamorgana-aeril-zafrel.html Drama Cinta Fatamorgana lakonan Azar Azmi, Syazuwan Hassan dan Aeril Zafrel] Kepala Bergetar. Dicapai pada 27 Ogos 2018.</ref>
 
==Sinopsis==
Kisah persahabatan di antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi) Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.
Huzair dan Rifqi berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada Nur Wildad. Selepas SPM, ayah Huzair membiayai pendidikan mereka di Universiti. Rifqi dan Wildad kemudiannya bertunang, namun ketika Huzair sibuk dengan kerjanya, hubungan Rifqi dan Wildad semakit erat. Ketika bekerja, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali untuk menuntut Wildad dan Rifqi mengalah, namun Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyintai Rifqi lebih dari dirinya.
 
Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.
 
Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.
 
Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?
 
==Pelakon==
Baris 46 ⟶ 52:
* Mak Wan sebagai Mak Soha
 
==Muzik dan runut bunyi==
==Rujukan-==
Lagu tema drama ini ialah "Fatamorgana Cinta" yang dipersembahakan oleh [[Asfan Shah]]<ref>[https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/346952/bunyi-melodi-lebih-kaya Bunyi, melodi lebih ‘kaya’] ''[[Harian Metro]]'' (7 Jun 2018). Dicapai pada 27 Ogos 2018.</ref> serta "Mengejar Rindu" oleh kumpulan Hyper Act.
 
==Rujukan-==
{{Reflist}}