Lafazkan Kalimah Cintamu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini sedikit maklumat.
Baris 21:
}}
 
'''''Lafazkan Kalimah Cintamu''''' merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di [[Astro Ria]] dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018,<ref>{{cite web|url=http://www.kosmo.com.my/hiburan/drama-papar-derita-anak-disisih-keluarga-1.589847|title=Drama papar derita anak disisih keluarga|publisher=[[Kosmo!]]|author=Zulhilmi Jalil|date=16 Januari 2018|accessdate=6 Mei 2018}}</ref> diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah.<ref>{{cite book|title=Lafazkan Kalimah Cintamu|author=Siti Rosmizah|publisher=SR Publications|date=2010|isbn=9789675822001}}</ref> Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh [[Farid Kamil]] sebagai Tengku Ryan dan [[Nelydia Senrose]] sebagai Tengku Aqilah.<ref>{{cite web|url=https://kbergetar04.blogspot.my/2018/01/drama-lafazkan-kalimah-cintamu-lakonan.html|title=Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose|author=|publisher=KepalaBergetar|date=15 Januari 2018|accessdate=17 Mac 2018}}</ref>
 
== Sinopsis ==
Tengku Aqilah ([[Nelydia Senrose]]), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
 
Tengku Natasha ([[Nadiyah Shahab]]) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
 
Tengku Ryan Ameer ([[Farid Kamil]]), jejaka tampan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.