Kemerdekaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Mengganti laman dengan 'MERDEKA 30 OGOS LER'
Teg-teg: Menggantikan mengosongkan
Baris 1:
MERDEKA 30 OGOS LER
[[Fail:Hari Kebangsaan.jpg|thumb|kemerdekaan abat ke 2]]
{{rencana pilihan}}
{{Bendera Malaysia}}'''Kemerdekaan'''{{Merdeka}} ialah [[pemerintahan sendiri]] oleh duduk-penduduk sebuah [[negara]] yang secara amnya menuntut [[kedaulatan]].
[[Fail:Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg|thumb|pertama kalinya merdeka pada tahun 1957 bersama perdana menteri pertama malaysia iaitu tunku abdul rahman]]
Istilah '''kemerdekaan''' digunakan untuk membezakan dengan '''[[penaklukan]]''' yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah [[kerajaan]] luaran dari segi [[politik]] dan [[tentera]]. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan [[hegemoni]] yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.
 
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah ''negara muncul'' (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan ''pembebasan'' daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui [[penjajahan]], [[dasar peluasan kuasa]] atau [[imperialisme]].
 
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui [[penyahjajahan]], pemisahan atau [[pembahagian]]. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan [[pemberontakan]] yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes [[pendemokrasian]] — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, [[Revolusi Oktober]] [[Rusia]] tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya [[Perang Revolusi Amerika Syarikat]] bertujuan sedemikian.
 
''[[Autonomi]]'' merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat [[penurunan kuasa]]). [[Negeri naungan]] merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.
 
Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan [[pengisytiharan kemerdekaan]], umpamanya [[Pengisytiharan Arbroath]] oleh [[Scotland]] yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta [[Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat]] pada tahun [[1776]] yang paling masyhur.
 
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan [[ekonomi]] biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari [[tunjuk perasaan]] yang aman ke [[perang saudara]] yang ganas.
 
Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai [[hari kelepasan]] negara yang dikenali sebagai [[hari kemerdekaan]].
 
== Sejarah istilah ==
Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa [[Sanskrit]] ''Maharddhika'' yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam [[Bahasa Melayu]] dan [[Bahasa Indonesia]] untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai negara mengikut tarikh kenegaraan]]
* [[Perang kemerdekaan (nyahkekaburan)|Perang-perang kemerdekaan]]
* [[Perlembagaan kemerdekaan]]
* [[Kemerdekaan Malaysia]]
* [[Kemerdekaan Scotland]]
 
== Nota rencana ==
Tarikh-tarikh kemerdekaan yang diperoleh daripada ''[[Buku Fakta Dunia CIA]]'' ditakrifkan sebagai berikut:
:''Untuk kebanyakan negara, tarikh yang diberikan ialah tarikh pemerolehan kedaulatan... Untuk negara-negara yang lain, tarikh yang diberikan tidak mewakili "kemerdekaan" dengan erti kata yang sebenarnya, tetapi kepada sesuatu peristiwa kenegaraan yang penting, seperti tarikh pengasasan atau tarikh [[penyatuan]], [[Persekutuan|penyekutuan]] , [[penggabungan]], [[penubuhan]], atau perubahan asas bentuk kerajaan seperti [[pewarisan negara]].''
 
[[Kategori:Politik]]
[[Kategori:Perkataan dan frasa Melayu]]