Barisan Alternatif: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 1:
{{Politik Malaysia}}
 
'''Barisan Alternatif''' ('''BA''') merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada [[pembangkang (Malaysia)|parti-parti pembangkang]] utama di [[Malaysia]] demi mengurangkan majoriti kerajaan [[Barisan Nasional]] (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]], [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004]] dan [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]]. Ianya terdiri daripada [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS), [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP), [[Parti Keadilan Rakyat|Parti Keadilan Nasional]] (KeADILan) dan [[Parti Rakyat Malaysia]] (PRM).
 
BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.<ref>[http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=142&Itemid=230 SENARAI PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA ]</ref> Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hanyatandingkibarsimbolparti/pilihanraya/galas/article_html Hanya tanding kibar simbol parti]</ref>