Pendidikan di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NINJASAMURAI (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{Infobox Education
|agency image=[[Fail:KPM Logo.png|140px|Logo Kementerian Pelajaran Malaysia]]
|country name=Malaysia
|agency=[[Kementerian Pendidikan Malaysia]]
|leader titles= Menteri-menteri Pendidikan
|leader names=[[Maszlee Malik]]
|budget=RM32 bilion (ASD10 bilion)<sup>1</sup>
|budget year=2006?
|primary languages=[[Bahasa Melayu|Melayu]], [[Bahasa Inggeris|Inggeris]], [[Bahasa Mandarin|Cina Mandarin]], [[Bahasa Tamil|Tamil]]
|system type=Kebangsaan
|established events=Ditubuhkan
|established dates=[[1956]]
|literacy year=2009
|literacy total = 95% (semua usia 15 tahun ke atas)
|literacy men= 95% jumlah, 98% 15-24 tahun
|literacy women= 95% jumlah, 98% 15-24 tahun
|enroll total=5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah
|enroll primary=2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%)
|enroll secondary=2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6)
|enroll post-secondary=
|attain secondary=
|attain post-secondary=
|footnotes=<sup>1</sup>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/23/mstar_berita/20091023173735&sec=mstar_berita "Budget 2010", mstar]
|}}
'''Sistem pendidikan di Malaysia''' diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). [[Pendidikan]] [[Malaysia]] boleh didapatkan dari [[sekolah]] tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR).
 
Baris 35 ⟶ 11:
 
Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh [[Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia]] yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan [[Sains]] dan [[Matematik]].
 
== Pendidikan prasekolah ==
[[Sekolah]] tadika ([[prasekolah]]) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.
 
== Pendidikan rendah ==
Baris 49 ⟶ 22:
 
== Pendidikan menengah ==
[[Senarai Sekolah Menengah di Malaysia|Sekolah menengah]] awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki [[Pentaksiran Tingkatan Tiga]] (PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.
 
Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduki peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan ''School Certificate'' United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' ''[[General Certificate of Education]]'' (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (''General Certificate of Secondary School'' / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.
 
Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap."
 
Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di [[Sekolah Tinggi Persendirian Cina]]. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (''Unified Examination Certificate''/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh ''[[Dong Jiao Zong]]'' (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.
 
Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan [[A-level]] kecuali Bahasa Inggeris.
 
Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
 
UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.
 
== Pendidikan pra-universiti ==
Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 [[matrikulasi]], pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan [[Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia]] (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada [[A-level]] kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.
 
Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).
 
Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih [[diploma]], [[A-level]], Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.
 
Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.
 
== Pengajian tinggi ==
Baris 84 ⟶ 43:
Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.
 
Selain itu, terdapat juga [[Institut Pendidikan Guru Malaysia]] yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan [[politeknik]] yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar<ref>"''Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar.''" [http://eprints.utm.my/6810/ Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository], Univesiti Teknologi Malaysia</ref>
 
== Jenis sekolah rendah dan menengah ==
===Sekolah Kebangsaan===
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.
===Sekolah Kluster===
 
[[Sekolah kluster]]
satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
 
===Sekolah Jenis Kebangsaan===
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.
 
===Sekolah Wawasan===
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1112&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm Jangan tunduk pada desakan - Polemik penubuhan sekolah wawasan.]</ref>
 
===Sekolah Agama Islam===
[[Sekolah pondok]], [[madrasah]] dan sekolah agama [[Islam]] lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.
 
===Sekolah Mubaligh===
Terdapat juga beberapa [[Sekolah Kebangsaan Methodist]], [[Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist]], [[Sekolah Kebangsaan La Salle]], [[Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle]], [[Sekolah Kebangsaan Convent]], [[Sekolah Menengah Kebangsaan Convent]] dan banyak lagi sekolah mubaligh [[Kristian]].<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=376369 Kenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata Hishammuddin], Bernama</ref>
 
===Sekolah Bestari===
[[Sekolah bestari]] cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
 
===Sekolah Teknik dan Vokasional===
[[Sekolah Menengah Teknik]] dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
 
== Ujian awam kebangsaan ==
Baris 119 ⟶ 52:
* [[Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia]] (STPM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah.
* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tingkatan 6 sekolah menengah agama.
 
== Mata Pelajaran Sekolah ==
 
=== 1)SEKOLAH RENDAH Tahun 1,2 dan 3 ===
Tahun 1 hingga tahun 3
Semasa tahun ini,pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 3 tidak akan menduduki peperiksaan besar sepertimana yang diduduki oleh pelajar tahun 4 hingga tahun 6 dan ke atas.
Subjek yang dipelajari:
*Bahasa Malaysia
*Bahasa Inggeris
*Matematik
*Sains
*Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
*Pendidkan Kesenian
*Pendidkan Jasmani dan Kesihatan
 
 
 
2)SEKOLAH RENDAH
Tahun 4,5 dan 6(UPSR)
 
 
Dari tahun 4 hingga tahun 6
Setiap tajuk yang dipelajari oleh ketiga-tiga tahun ini akan dimasuki di dalam Ujian Pendidikan Sekolah Rendah(UPSR) kecuali mata pelajaran selain Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains.
 
(Teras)
*Bahasa Malaysia
*Bahasa Inggeris
*Matematik
*Sains
 
 
(Wajib Dipelajari)
*Pendidkan Islam/Pendidikan Moral
*Reka Bentuk dan Teknologi
*Teknologi Maklumat dan Komunikasi
*Sejarah
*Pendidikan Seni
*Pendidikan Muzik
*Pendidikan Jasmani
*Pendidikan Kesihatan
 
 
3)MENENGAH RENDAH
 
Tingkatan 1,2 dan 3(PT3)
 
Ketiga-tiga tingkatan ini telah pun memasuki era Pentaksiran Tingkatan 3 yang dimana menentukan aliran kelas mana yang akan anda duduki semasa tingkatan 4 dan 5.
 
 
(Teras)
*Bahasa Malaysia
*Bahasa Inggeris
*Matematik
*Sains
*Pendidkan Islam(Murid Islam)
*Reka Bentuk dan Teknologi
*Asas Sains Komputer
*Sejarah
 
*Geografi
 
 
(Tidak Teras)
*Pendidikan Moral( Murid Bukan Islam)
*Pendidikan Seni visual
*Pendidikan Muzik
*Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
 
 
4)MENENGAH ATAS
Tingkatan 4 dan 5(SPM)
 
Semasa di menengah atas inilah yang akan menentukan kerjaya apa yang akan anda bekerja dan sekiranya markah anda bagus anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat atasan iaitu berpendidikan Tinggi.
 
 
(Teras)
*Bahasa Malaysia
*Bahasa Inggeris
*Matematik
*Sains
*Pendidikan Islam
*Sejarah
 
(Sekiranya ambil aliran Sains anda tidak boleh mengambil mata pelajaran Sains)
 
(Aliran Sains)
*Biologi/Reka Cipta/Kejuruteraan
*Fizik
*Kimia
*Matematik Tambahan.
 
(Aliran Sastera)
 
1)
*Prinsip Akaun
*Ekonomi
*Perniagaan
 
2)Agama
 
*Tasawwur Islam
*Pendidikan Syariah Islamiah
*Pendidikan Al quran dan As sunnah
 
 
3)Kemanusiaan
 
*Pendidikan Seni visual
*Pendidikan Muzik
*Geografi
*Teater
 
(Tidak Teras)
*Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
*Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
 
 
==Mata Pelajaran Sekolah Agama==
Sekolah Agama di [[Malaysia]] diuruskan oleh Kerajaan Negeri masing-masing kecuali [[Wilayah Persekutuan]] yang dirusukan oleh Kementerian Wilayah dan Luar Bandar.Jika anda menuntut pelajaran di kawasan Wilayah Persekutuan seperti ([[Kuala Lumpur]],[[Putrajaya]] dan [[Labuan]]) anda boleh melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama.
 
=== SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SAKJ) ===
Sekolah ini diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri [[Johor]]. Silibus di sekolah ini digubal oleh mufti negeri [[Johor]].Berikut senarai mata pelajaran yang wajib diambil:
 
==== 1) Darjah 1 hingga darjah 2 ====
 
* Tauhid
* Akhlak
* Ibadat
* Jawi
* Al quraan
* Sirah
* Arab
 
==== 2) Darjah 3 ====
 
* Tauhid
* Akhlak
* Ibadat
* Jawi
* Al quraan
* Sirah
* Arab
* Tajwid
 
==== 3) Darjah 4 ====
 
* Tauhid
* Alquraan
* Akhlak
* Ibadat
* Tafsir Alquraan
* Sirah
* Arab
* Tajwid
 
==== 4) Darjah 5 dan 6 (Darjah 5 akan menduduki UPKK)(Darjah 6 akan menduduki SDEA) ====
 
* Tauhid
* Alquraan
* Akhlak
* Ibadat
* Tafsir Alquraan
* Sirah
* Arab
* Tajwid
* Munakahat (Ibadat 2)
* Muamalat (Ibadat 2)
* Jinayat (Ibadat 2)
 
==== 5) Darjah Khas ====
Darjah Khas merupakan satu satunya darjah yang hanya terdapat di [[Johor]]. Kelulusan Darjah Khas diperlukan untuk memasuki [[JMF]] (Angkatan Tentera Setia Johor) dan menjadi Ustaz atau Ustazah di SAKJ di sekitar Johor.
 
* Tauhid
* Alquraan
* Akhlak
* Ibadat
* Tafsir Alquraan
* Sirah
* Arab
* Tajwid
* Munakahat
* Muamalat
* Jinayat
* Hadis
* Faraid
 
=== SEKOLAH RENDAH AGAMA INTERGRASI([[Selangor]]) ===
Berikut merupakan sistem pendidkan Sekolah Agama di negeri [[Selangor Darul Ehsan]] yang diuruskan oleh [[Jabatan Agama Islam Selangor]](JAIS).
 
1)Tahun 1 hingga Tahun 2
Kedua tahun ini tidak menduduki peperiksaan besar.
*Tauhid
*Akhlak
*Feqah
*Hafazan
*Jawi
*Arab
*Sirah
*Tajwid
 
 
2)Tahun 3 hingga Tahun 5(UPKK)
Ketika tahun ini pembelajaran akan menjadi lebih sukar.
*Tauhid
*Feqah
*Akhlak
*Tajwid
*Hafazan
*jawi
*Arab
*Sirah
 
 
3)Tahun 4 hingga 6(PSRA)
PSRA bermaksud Peperiksaan Sekolah Rendah Agama
*Tauhid
*Akhlak
*Jawi
*Hafazan
*Sirah
*Arab
*Tajwid
*Feqah
 
== Lihat juga ==
*[[Kementerian Pelajaran Malaysia]]
*[[Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris]]
* [[Pendidikan seks di Malaysia]]
 
== Rujukan ==
<references/>
 
== Pautan Luar ==
* [http://eprints.utm.my/24588/ Pendidikan moral di Malaysia: tantangan dan implementasi pendidikan karakter di sekolah ]
* [http://eprints.utm.my/14313/ Model eklektik dalam sistem pendidikan Malaysia]
{{Pendidikan di Malaysia}}
 
[[Kategori:Pendidikan di Malaysia| ]]