Perbezaan antara semakan "Sejarah muzik rock di Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan ''Juara Rock 1983''. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh [[kumpulan D'Febians|D'Febians]] dan [[kumpulan The Lefthanded|The Lefthanded]]. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan ''Juara Rock 1984''. Dalam pertandingan ''Juara Rock 1984'', [[kumpulan The Burnmarks|The Burnmarks]] menggondol tempat pertama, [[kumpulan Hurricane|Hurricane]] dari [[Johor Bahru]] menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh [[kumpulan Gersang]].
 
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan ''Juara Rock'' ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti ''Festival Rock 1984'' yang diadakan di Dewan Jubli Intan, [[Johor Bahru]].<ref>[https://www.hmetro.com.my/node/181095 Gergasi rock 80-an]</ref> Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran ''Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987)''. <ref>[https://www.hmetro.com.my/rap/2018/02/312329/juara-juara-rock-kembali Juara-juara rock kembali]</ref>
 
Perkembangan [[muzik rock]] yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti ''Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok'' (yang di anjur oleh papa Ali (''Ali Bakar ')), ''Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica'', dan ''Pesta Hiburan Kingsway''.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=yXVVS7aUzYIC&q=%22Pesta+Hiburan+Kingsway%22&dq=%22Pesta+Hiburan+Kingsway%22&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiXgu3b55zdAhUJvI8KHUDjAdYQ6AEIJzAA Ensiklopedia sejarah and kebudayaan Melayu, Volume 11, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 - Malaysia]</ref> Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa ''Battle Of The Bands''.
 
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan ''penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan'' bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti [[RTM 1|Radio & TV RTM]], kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai ''digam RTM'' oleh masyarakat umum.
* Pesta Hiburan Kingsway (1989)
 
==External linksRujukan ==
<references/>
 
== Pautan luar ==
* [http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2010/04/25/program-indie-band--clash-of-the-bands-tarik-peminat-indie/ Program Indie Band & Clash Of The Bands Tarik Peminat Indie.]
*[http://rockofplanetearth.blogspot.com/ Muzik Dan Sejarah]
*[http://rockbaratdanmelayu.blogspot.com/ Pengaruh Rock Barat Dalam Muzik Rock Melayu]
 
 
 
[[Kategori:Muzik rock]]
36,357

suntingan