Mama Juwie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
}}
 
'''Mama Juwie''' atau nama asalnya '''Abdul Jalil bin Salleh''' merupakan seorang [[penulis lirik]] yang popular pada tahun 1980-an di Malaysia.<ref>[http://www.utusan.com.my/rencana/utama/juwie-ikon-wartawan-hiburan-1.77249 Juwie ikon wartawan hiburan]</ref> Beliau juga pernah popular dengan majalah hiburan [[Majalah Mangga|Mangga]] yang menampilkan ramai artis remaja Malaysia.
 
''Abdul Jalil'' dilihat sebagai Sebagai ikon kewartawanan hiburan dan pencetus kepada revolusi penulisan gosip di Malaysia dengan memberi penekanan kepada laras bahasa bersifat santai dan bersahaja. Allahyarham memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984 dan kemudian menjadi Pengarang Majalah Mangga pada 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.
 
Antara karya lirik yang hebat dan agung yang pernah dihasilkan beliau ialah Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan dinyanyikan oleh penyanyi ternama, Ramlah Ram. Lirik-lirik tulisan Juwie juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada kejayaan artis-artis lain seperti Jamal Abdillah, [[kumpulan Alleycats]], Norsheila Amin, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, [[kumpulan Gersang]], [[kumpulan Spring|Spring]] dan [[kumpulan May|May]].
 
Juwie mungkin satu-satunya penulis senikata Malaysia yang namanya diabadikan oleh penulis senikata lain sebagai subjek untuk sebuah lagu, dan ini berlaku seawal 1987 oleh [[kumpulan BPR]]. Walau bagaimanapun, senikata lagu Juwie Juwie Juwie bukanlah menceritakan tentang Juwie seorang penulis senikata, tetapi merujuk kepada Juwie (yang turut digelar "Mama") seorang wartawan hiburan yang sangat terkenal pada 1980-an.<ref>[http://arkibnegara.blogspot.com/2013/12/juwie-juwie-juwie-1987-1989.html Juwie Juwie Juwie (1987 & 1989)]</ref>
 
''Abdul Jalil'' meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras akibat menghidap kanser prostat.<ref>[http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/04/04/mama-juwie-yang-tersendiri/ Mama Juwie yang tersendiri]</ref>
 
==Lagu-lagu Ciptaan==
Baris 128 ⟶ 136:
Juwie menghembuskan nafas terakhir pada 3 April 2015 akibat kanser prostat. Arwah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac 2015.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wartawan-hiburan-mama-juwie-meninggal-dunia-akibat-kanser-usus Wartawan hiburan ‘Mama Juwie’ meninggal dunia akibat kanser usus.]</ref>
 
== Rujukan ==
<references/>
 
== Pautan luar ==
* [http://english.astroawani.com/malaysia-news/popular-lyricist-mama-juwie-dies-62-12190 Popular lyricist 'Mama Juwie' dies at 62.]
* [https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/mama-juwie-bff-diva-berhati-mulia/ Mama Juwie: BFF Diva Berhati Mulia]
* [http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm Mama Juwie meninggal dunia akibat kanser prostat]
 
[[Kategori:Penulis lirik lagu Melayu]]