Fatimah Abu Bakar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 17:
 
==Kehidupan dan kerjaya==
Beliau dilahirkan pada 1955 di [[Pulau Tikus]], [[Pulau Pinang]]<ref name="Fatimah berimaginasi">Aini Nawawi (20 Ogos 2017). [http://www.utusan.com.my/hiburan/fatimah-abu-bakar-suka-berimaginasi-1.516603 Fatimah Abu Bakar suka berimaginasi] ''[[Utusan Malaysia]]''. Dicapai pada 18 Jun 2018.</ref> kepada pasangan Abu Bakar Mohd Noor yang berketurunan Bengali-Melayu dan Rohani Tan Abdullah (lahir Tan Mooi Gee) yang berketurunan Cina.<ref name="Where I’m coming from"/> Fatimah mendapat pendidikan awalnya di Residency Road Girls School dan pendidikan menengah di St. George’s Girl School yang kedua-duanya terletak di Pulau Pinang. Beliau kemudiannya berhijrah ke [[Kuala Lumpur]] bagi menyambung pelajarannya dalam bidang Komunikasi Massa di [[Universiti Teknologi Mara]] (UiTM).<ref name="Where I’m coming from"/>
 
Selepas tamat belajar di UiTM, beliau mendaftarkan dirinya di ''[[New Straits Times]]'' sebagai wartawan amali dan kemudiannya diterima sebagai wartawan,<ref name="Fatimah berimaginasi"/> dan seterusnya berkhidmat sebagai penulis ruangan bertajuk "I Am Women".<ref name="Where I’m coming from"/> Fatimah juga mempunyai minat mendalam dalam seni teater yang dipelajari sejak bangku sekolah, dan pernah terbabit dalam pementasan di Kelab Teater Kuala Lumpur.