Siti Fazurina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19:
Beliau mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan [[Dewi Remaja]] 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom ''[[Puteri]]'' pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu [[Aziz M. Osman]]. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.
 
Pada tahun 2005, siri komedi ''[[Dunia Anita]]'' diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi ''Dunia Anita'', Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan. Beliau sering digandingkan dengan pelawak [[Zul Yahya]] bermula dengan siri tersebut hinggalah ke beberapa siri TV lain selepas itu seperti ''Misi Betty'' pada 2011. Siri komedi lain lakonannya yang tidak kurang popular adalah ''Kelab Jeng Jeng''.
 
Di layar perak pula, beliau membintangi filem-filem komedi seperti ''[[Senario XX]]'' (2005) bergandingan bersama [[Saiful Apek]], ''[[Estet (filem)|Estet]]'' (2010) arahan [[Mamat Khalid]] dan ''[[Baik Giler]]'' (2012) bersama [[Zizan Razak]]. Selain itu beliau juga berkemampuan membawa watak-watak dramatik seperti wataknya dalam siri TV ''Biarlah Rahsia'' dan ''Trilogi Cinta'' bersama [[Rosyam Nor]].