Bidasari (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 40:
Ketika seorang saudagar, anak mudanya dan pembantunya yang bisu berjalan di hutan, mereka berjumpa dengan sampan yang hanyut yang membawa bayi perempuan dan mangkuk berisi ikan emas. Saudagar tersebut menyedari bahawa ia adalah bayi yang luarbiasa kerana ikatan nyawanya dengan ikan emas tersebut, apabila ikan tersebut dikeluarkan dari air, dia akan mati. Saudagar itu membelanya dan menggelarkan bayi tersebut sebagai Bidasari. Beberapa tahun kemudian Bidasari membesar sebagai seorang wanita cantik sementara saudagar tersebut menjadi kaya-raya.
 
Di istana kerajaan tersebut, Raja baru sahaja mengahwini seorang wanita yang cantik. Permaisuri(Zahara Ahmad) baru ini adalah seorang yang bongkak yang mengamalkan ilmu sihir. Tersorok di dalam kamarnya terdapat cermin ajaib yang dapat menunjukkan apa sahaja yang ingin dilihatnya. Dia menggunakannya bagi menanyakan siapakah wanita tercantik dikerajaan itu. Pada suatu hari apabila dia bertanyakan soalan tersebut, gambaran Bidasari muncul. Dia amat meradang dan mencari Bidasari.
 
Pencariannya membawanya ke rumah saudagar tersebut. Dengan berpura-pura berbuat baik, permaisuri memujuk saudagar agar membenarkan Bidasari di bawa ke Istana sebagai teman. Sungguhpun saudagar tersebut berat hati untuk berpisah dengan anak kesayangannya, dia membenarkannya pergi. Apabila Bidasari tiba di istana, dia dihantar ke dapur sebagai pelayan, di mana dia dibiarkan berlapar dan diberikan kerja paling kotor.