Setia Hujung Nyawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Baris 32:
}}
 
'''''Setia Hujung Nyawa''''' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan [[Alaf 21]]. Dibintangi oleh [[Nelydia Senrose]] sebagai Ersalina dan [[Amar Asyraf]] sebagai Zain Hakimi.<ref>Budiey (14 Disember 2012). [https://www.budiey.com/sinopsis-drama-bersiri-setia-hujung-nyawa/ Sinopsis Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa] ''Sensasi Selebriti''. Diperoleh pada 1 Januari 2013.</ref> Drama ini disiarkan di [[Slot Akasia]] [[TV3]] bermula 4 Disember 2012 dan berakhir pada 7 Februari 2013.<ref>Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Disember 2012). [http://www.sinarharian.com.my/hiburan/setia-hujung-nyawa-satukan-cinta-amar-asyraf-nelydia-senrose-1.112939 Setia Hujung Nyawa, satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose] ''[[Sinar Harian]]''. Diperoleh pada 16 September 2013.</ref> Sebuah telefilem khas drama ini, ''Setia Hujung Nyawa Raya'' memulakan tayangan perdana pada [[Hari Raya Aidilfitri]] 2013.<ref name="Setia Hujung Nyawa Raya">[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/08/04/amar-asyraf-nelydia-senrose-dalam-setia-hujung-nyawa-raya/ Amar Asyraf dan Nelydia Senrose dalam Setia Hujung Nyawa Raya] ''[[mSTAR Online]]'' (4 Ogos 2013). Diperoleh pada 16 September 2013.</ref>
 
==Sinopsis==
Baris 41:
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
 
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
 
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Baris 99:
{{turutan-tv
|stesen = [[TV3]]
|slot = [[Slot Akasia]], Isnin–Khamis, 7.00 petang
|nama = '''[[Setia Hujung Nyawa]]'''
|sebelum = ''[[Cinta Itu Milikku]] (2012 – Disember 2012)''
|selepas = ''[[Rindu Bertamu Di Abu Dhabi]]''
}}