Lawan pedang: Perbezaan antara semakan

jenis sukan tempur bersenjata
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana baru drpd peneutralan kandungan bahasa Melayu Indonesia
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:22, 22 September 2018

Lawan pedang adalah seni bela diri menggunakan senjata yang berkembang menjadi seni budaya olahraga ketangkasan dengan senjata yang menekankan pada teknik kemampuan seperti memotong, menusuk atau menangkis senjata lawan dengan menggunakan keterampilan dalam memanfaatkan kelincahan tangan. Dalam takrifan yang lebih khusus pula, ia merupakan satu satu cabang olahraga yang diajarkan di sekolah-sekolah Eropah pada masa lalu dalam melatih kepakaran dalam menggunakan senjata tajam yang akhirnya menjadi salah satu acara resmi di Sukan Olimpik.

Pedang

Perlawanan yang digunakan pada peringkat Olimpik terdiri daripada tiga "nombor" yang dinamakan berdasarkan senjata yang digunapakai:

  • Floret (foil): Pedang yang berbentuk langsing, lentur dan ringan, hujungnya datar atau bulat, tumpul dan berpegas. Bila ditusukkan dapat naik/turun, beratnya 500 gram. Pelindung tangan yang terdapat pada floret lebih kecil dibandingkan dengan Degen dan Sabel. hujungnya untuk menusuk dan bahagian bawah pedang untuk menangkis dan menekan.[1]
  • Sabel (sabre): Pedang yang berbentuk segitiga dan sudutnya tidak tajam, seperti parang kecil, semakin keatas semakin pipih dan hujungnya ditekuk hingga tidak meruncing, beratnya 500 gram. Pelindungan penuh menutupi tangan sampai pangkal tangkai. Bahagian atas pedang untuk memarang dan bahagian bawah untuk menangkis, serta hujungnya untuk menusuk.[1]
  • Degen (epée): Pedang berbentuk segitiga dan berparit, pada pangkalnya tebal dan samping ke hujung kecil, sedikit kaku. hujungnya datar dan berpegas dengan pelindung tangan besar, beratnya 750-770 gram. Bahagian bawah pedang untuk menangkis dan hujungnya untuk menusuk.[1]

Lapangan

Arena anggar biasanya dalam ruangan tertutup, panjangnya 12 meter dan lebarnya 2 meter. Ditutupi linolium (gabus) dan dilengkapi peralatan elektronik untuk mengetahui terjadinya poin.[2]

Gelanggang yang digunakan dalam perlawanan tahap Olimpik pula seluas 14×1.5 meter. Kelengkapan para peserta dihubungkan dengan sistem penilaian elektronik yang akan memberikan suap balik (feedback) jika terkena tusukan lawan lalu pemain akan dinilai dan diberikan markah yang sepatutnya. Dalam setiap pertandingan digunakan sistem eleminasi langsung. Sebuah pasukan terdiri daripada 3 pemain dan masing-masing akan berduel dengan anggota pasukan lawan.[3]

Kelengkapan

Pakaian

Ia terdiri dari:

  • Masker (Pelindung muka).
  • Sarung tangan.
  • baju jaket terbuat dari bahan yang kuat dan berwarna putih.
  • Untuk pemain Sabre atau Poil, baju pemain terbuat dari metal.[2]

Peraturan

Penalti

Setiap pengadil yang memimpin pertandingan boleh menjatuhkan hukuman pada atlet sekiranya pemain diperhatikan melakukan pelanggaran peraturan yang ditetapkan; kad kuning dilayang pada pelanggaran pertama, kad merah pada pelanggaran kedua, dan kad hitam pada pelanggaran ketiga atau pelanggaran tahap berat di mana peserta boleh diarahkan keluar dari pertandingan).[2]

Kelas

Jenis-jenis yang terdapat dalam sukan ini adalah seperti berikut:

  • épée perseorangan
  • épée berpasukan (atau tim)
  • foil perseorangan
  • foil berpasukan
  • sabre perseorangan
  • sabre berpasukan[3]

Rujukan

  1. ^ a b c Buku Cerdas karya Edi Sigar, hal 608 Templat:Citation broken
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Sigar2 tidak disediakan
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan olympic tidak disediakan