Perbezaan antara semakan "Kuning"

24 bait ditambah ,  13 tahun lalu
k (bot Mengubah: ja:黄色)
* Kuning ialah warna untuk [[Parti Baru Republik China)|Parti Baru]] di [[Republik China]] ([[Taiwan]]) yang menyokong [[Penyatuan semula Cina]]. Semua [[pensel]] dicat dengan warna kuning untuk mengaitkan dengan negara China di mana [[grafit]] yang terbaik boleh didapati; sebelum itu, hanya pensel yang menggunakan grafit China dicat dengan warna kuning.
* Di Amerika Syarikat, [[Demokrat Anjing Kuning]] merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon [[Parti Demokrat (Amerika Syarikat)|Demokrat]] pada akhir [[abad ke-19]] dan awal [[abad ke-20]]. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|Parti Republikan]] yang bermula sejak [[Perang Saudara Amerika]] dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
* Di Negara [[Brunei Darussalam]], Kuning melambangkan warna [[Diraja]] pada masa dahulu sehingga kini. Seperti warna kuning emas ia merupakan lambang [[kehormatan]] dan [[kedaulatan]] seseorang [[Raja]]. Jika ada berlangsungnya [[Adat-Istiadat Diraja]], maka orang biasa atau rakyat jelata dilarang untuk memakai atau menggunakan warna kuning.
 
=== Keetnikan ===
Pengguna awanama