Penyu belimbing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58:
'''Penyu Belimbing''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Leatherback Sea Turtle'') mempunyai nama sains ''Dermochelys coriacea'' dan menjadi satu-satunya spesies dari [[keluarga (biologi)|keluarga]] [[Dermochelyidae]]. Penyu Belimbing tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Reptilia, order testudines, dari keluarga dermochelyidae, spesies Dermochelys coriacea.
 
==NamaPenamaan==
[[Domenico Agostino Vandelli]] menamakan spesies ini sebagai ''Testudo coriacea'' pada tahun 1761 yang ditangkap di [[Ostia]] dan kemudiannya diserahkan kepada [[Universiti Padua]].<ref name="ITISTC">{{ITIS |id=208671 |taxon=''Testudo coriacea'' |accessdate=14 September 2007}}</ref>
 
Baris 66:
 
Penyu Belimbing gergasi (Dermochelys coriacea) merupakan satu daripada tujuh spesies penyu di dunia, dan merupakan yang terbesar. Penyu Belimbing selalunya memilih kawasan [[pantai]] yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur dan [[Rantau Abang]], [[Malaysia]] merupakan salah satu daripada destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai [[Amerika Selatan]], "Las Baulas".
 
==Ciri-ciri dan anatomi==
[[File:Leatherbacks crawling to the sea.jpg|thumb|left|Anak penyu belimbing menuju ke laut]]
[[File:Flickr - Rainbirder - LEVIATHAN.jpg|thumbnail|left|Saiz Penyu belimbing berbanding manusia]]
[[File:Leatherback turtle oesophagus.jpg|thumb|Bentuk esofagus seekor penyu belimbing]]
{{clear}}
 
== Taburan dan Habitat ==
 
[[File:Lieux pontes tortues luth.png|thumb|center|500px|Bulatan kuning menunjukkan lokasi sarang kecil, manakala bulatan merah adalah lokasi sarang utama]]
 
Terdapat beberapa subpopulasi Penyu belimbing dari seluruh dunia iaitu;
===Subpopulasi Lautan Atlantik===
===Subpopulasi Lautan Pasifik===
===Subpopulasi Laut China Selatan===
===Subpopulasi Lautan Hindi===
 
== Ekologi ==
=== Pemakanan ===
=== Pembiakan ===
Berdasarkan rekod penandaan oleh Jabatan Perikanan di Rantau Abang, penyu ini tidak bertelur setiap tahun walaupun ia boleh bertelur sehingga sembilan kali setahun dengan purata empat hingga lima kali setahun.<ref name="Jom kita kenali Penyu Belimbing">{{cite news|url=https://www.facebook.com/OfficialUMT/posts/jom-kita-kenali-penyu-belimbingberdasarkan-penemuan-fosil-penyu-belimbing-atau-n/1068575793198511/|title="Jom kita kenali Penyu Belimbing"|author=Sea Turtle Research Unit|publisher=UMT (Universiti Malaysia Terengganu)|date=8 Mei 2016|accessdate=24 September 2018}}</ref>
 
Penyu betina akan menghasilkan telur dan perlu mencari pasangannya untuk bersenyawa sebelum naik ke darat bagi melepaskan [[telur]] sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh tiga minggu.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang">{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/survival-penyu-belimbing-rantau-abang-1.655059|title=Survival penyu belimbing Rantau Abang|author=Kamariah Khalidi|publisher=Kosmo Online|date=22 April 2018|accessdate=24 September 2018}}</ref>
 
Namun, jika kekurangan penyu belim­bing jantan, maka peluang penyu betina untuk bersenyawa amat tipis. Malah, apabila mencapai tempoh matang, penyu betina akan menghasilkan [[telur]], namun jika tidak berlaku proses perse­nyawaan, embrio telur itu tidak akan berkembang untuk menetaskan anak penyu.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
==Status pemuliharaan==
===Ancaman===
Di beberapa negara, kehadiran penyu ini dieksploitasi bagi tujuan komersil termasuk untuk minyak, kulit dan dagingnya.<ref name="Jom kita kenali Penyu Belimbing"/>
Pemburuan daging penyu oleh manusia menjadi faktor spesies tersebut di ambang ke[[pupus]]an ekoran terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan daging penyu sebagai korban sajian ketika menjalankan upacara ritual keagamaan.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
Pembangunan di pesisir pantai menjejaskan pendaratan [[penyu]] ke pantai. Sebarang pancaran cahaya dari [[hotel]] atau resort mengganggu penyu betina yang memerlukan suasana sunyi, bersih dan gelap untuk bertelur.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
===Program===
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi masalah kepupusan Penyu belimbing yang mendarat di pantai. Antaranya ialah penggunaan Peranti Penyisih Penyu (TED) oleh nelayan pukat tunda pada musim tengkujuh bagi operasi menangkap udang di kawasan [[Pantai Timur]] seperti [[Pahang]], [[Terengganu]] dan [[Kelantan]] serta [[Johor]] diharap dapat mengurangkan kadar kematian penyu. Pemasangan TED bertujuan membebaskan penyu yang terpe­rangkap dalam pukat tunda udang dengan berenang keluar melalui injap peranti tersebut dalam tempoh kira-kira tiga minit.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
Sebagai tambahan, pelbagai program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh [[Institut Penyelidikan Perikanan]] [[Rantau Abang]], [[Pejabat Perikanan Negeri]] dan Daerah serta Jabatan Perikanan Malaysia.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
Pada pertengahan 2007, [[Jabatan Perikanan Malaysia]] pernah merancang pelan untuk mengklon Penyu belimbing bagi mengatasi masalah kekurangan populasinya yang mendarat di [[pantai]]. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak diteruskan kerana saintis berpendapat bahawa proses [[pengklonan]] hanya berjaya terhadap haiwan [[mamalia]] seperti [[anjing]], [[kambing]], [[kucing]] dan [[lembu]].<ref name=_>{{cite news|url=http://www.nbcnews.com/id/19724526/ns/technology_and_science-science/t/malaysia-mulls-cloning-rare-turtles/#.W6itEmgzaUl|title="Malaysia mulls cloning rare turtles"|author=Associated Press|publisher=NBC News.com|date=7 Disember 2007|accessdate=24 September 2018}}</ref>
 
Namun, pendaratan seekor penyu pada tahun 2017 mengujakan banyak pihak terutamanya pasukan penyelidik selepas kali terakhir [[spesies]] itu dilihat mendarat di [[Pantai Rantau Abang]] pada 8 Ogos 2010. Malangnya, 92 biji telur yang dikatakan dari penyu belimbing, yang ditemui di dalam sarang di Pantai Rhu Kubur pada 9 September dan 32 biji lagi di pantai Kampung Jambu Bongkok pada 20 September lalu adalah rosak dan tidak boleh disenyawakan.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/> Hal ini disebabkan telur yang dihasilkan penyu betina tersebut tidak sempat disenyawakan dengan penyu jantan.
 
===Undang-undang===
Kehadiran haiwan ini di sepanjang pantai Terengganu merancakkan aktiviti pelancongan dan penjualan telur. Walaubagaimanapun, mulai tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu mengharamkan pemakanan telurnya.<ref name="Jom kita kenali Penyu Belimbing"/>
 
Haiwan ini dilin­dungi dan diwartakan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang mengganggu, mengambil, menangkap, memiliki, membunuh, memburu dan memperdagangkan sama ada [[telur]] atau anggota haiwan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
Malah, Kerajaan Negeri [[Terengganu]] juga melindungi haiwan ini melalui Enakmen Penyu Negeri Terengganu (pindaan) 1987.<ref name="Survival penyu belimbing Rantau Abang"/>
 
==PemuliharaanRujukan==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==