Takwim Hijrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Islam}}
'''Takwim Hijrah''' atau '''Takwim Islam''' ({{lang-ar|التقويم الهجري}} ''at-taqwīm al-hijrī'') atau '''tahun Hijriah''' ([[bahasa Arab]]: سنة هجرية) merupakan [[takwim]] yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam yang bermula dari tahun 622 [[Anno Domini|AD]] untuk menentukan hari kebesaran [[Islam]]. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan [[bulan]] dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Pada tahun itu, [[Nabi Muhammad SAW|Muhammad]] dan pengikutnya berpindah dari [[Mekah]] ke Yathrib (sekarang [[Madinah al-Munawwarah|Madinah]]). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai [[Hijrah]], diperingati dalam Islam kerana peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama ([[ummah]]).
 
Di Barat, tahun ini paling sering dilambangkan sebagai '''AH''' ([[Latin]]: Anno Hegirae / ænoʊ hɛdʒɪriː /, "pada tahun Hijrah") selari dengan tahun [[Kristian]] (AD) dan [[Yahudi]] (AM). Di [[Dunia Islam|negara-negara Islam]], ia juga disingkat '''H''' ("Hijrah") dari singkatan Arab [[Ha (ه)|hā' (ه)]]. Tahun-tahun sebelum AH 1 diperhitungkan dalam Bahasa Inggeris sebagai '''BH''' ("Sebelum Hijrah").
 
Disebabkan [[Takwim qamari|kalendar qamari]] Islam hanya mempunyai 354 atau 355 hari dalam tahunnya, ia perlahan berputar dalam [[Kalendar Gregori|tahun Gregorian]]. Tahun 2018 AD bersesuaian dengan tahun-tahun Islam 1439 - 1440 H.
 
= Takrifan =
Masa Hijriah dihitung menurut perhitungan qamari dan bukannya suria seperti [[Kalendar Julian|Julian]] atau [[Kalendar Gregori|Gregorian]]. Oleh itu, ia tidak bermula pada 1 Januari 1 M, tetapi pada hari pertama bulan [[Muharam|Muharram]] yang berlaku pada 622 M. Setaraf Juliannya adalah 19 April tetapi kadang-kadang tersilap diletakkan pada 16 Julai. Kesilapan itu berasal dari kalendar Islam tabular yang dibuat oleh [[Astronomi Islam pada Zaman Pertengahan|ahli astronomi Islam]] yang terkemudian. Ini menganjakkan masa ke belakang mengikut kalendar lunar, yang menyebabkan ia terlepas tiga [[Bulan-bulan haram|bulan haram]] (kira-kira 88 hari) ditambah pada kalendar kemudian [[Kalendar lunisolar|lunisolar]] antara waktu Hijrah dan 10 H, ketika Muhammad menerima wahyu melarang penggunaan lunisolar.
 
== Sejarah ==