Perancis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Menggantikan mengosongkan Suntingan visual
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.135.10.122 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Cyrus noto3at bulaga
Teg: Undur
Baris 1:
{{Infobox Country
|native_name = ''République Française''
|conventional_long_name = Republik Perancis
|common_name = Perancis
|image_flag = Flag of France.svg
|image_coat = Armoiries république française.svg
|symbol_type = Lambang negara
|image_map = Mapadefrancia.svg
|map_caption =
|national_motto = ''Liberté, Égalité, Fraternité''<br /><small>Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan</small>
|national_anthem = ''[[La Marseillaise]]''
|official_languages = [[Bahasa Perancis]]
|capital = [[Paris]]
|largest_city = [[Paris]]
|government_type = [[Republik]] [[Presiden|Semiberpresiden]]
|leader_title1 = [[Presiden Perancis|Presiden]]
|leader_title2 = [[Perdana Menteri Perancis|Perdana Menteri]]
|leader_title3 =
|leader_name1 = [[Emmanuel Macron]]
|leader_name2 = [[Édouard Philippe]]
|leader_name3 =
|accessionEUdate = [[25 Mac]] [[1957]]
|area_rank = ke-40
|area_magnitude =
|area = 674,843
|areami² = 260,558
|percent_water = -
|population_estimate = 64,102,140
|population_estimate_year = 2007
|population_estimate_rank = ke-20
|population_census =
|population_census_year =
|population_density = 113
|population_densitymi² = 293
|population_density_rank = ke-89
|GDP_PPP_year = 2006
|GDP_PPP = $2.232 trilion
|GDP_PPP_rank = ke-6
|GDP_PPP_per_capita = $35,404
|GDP_PPP_per_capita_rank = ke-18
|sovereignty_type = Penubuhan
|sovereignty_note =
|established_event1 = Republik kelima
|established_event2 =
|established_event3 =
|established_date1 = [[1958]]
|established_date2 =
|established_date3 =
|HDI_year = 2004
|HDI = 0.942
|HDI_rank = ke-16
|HDI_category = <span style="color:#090;">tinggi</span>
|currency = [[Euro]] (€), CFP franc<sup>1</sup>
|currency_code = EUR, XPF
|country_code = FRA
|time_zone = [[Waktu Eropah Tengah|CET]]
|utc_offset = +1
|time_zone_DST = [[Waktu Musim Panas Eropah Tengah|CEST]]
|utc_offset_DST = +2
|cctld = [[.fr]]
|calling_code = 33
|footnotes = <sup>1</sup>di wilayah luar negeri sahaja
}}
'''Perancis''', secara rasmi dipanggil '''Republik Perancis''' ({{lang-fr|République française}} {{IPA-fr|ʁepyblik fʁɑ̃sɛz|}}), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil [[Perancis Metropolitan]]) terletak di [[Eropah Barat]]. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil [[Wilayah Luar Negeri Perancis]].
 
Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan [[Teluk Biscay]] dan [[Selat Inggeris]], antara [[Belgium]] dan [[Sepanyol]], tenggara [[United Kingdom]]; bersempadan dengan [[Laut Mediterranean]], antara [[Itali]] dan [[Sepanyol]]. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, [[Jerman]] dan [[Luxembourg]] di sebelah timur laut; [[Switzerland]] di sebelah timur; Itali dan [[Monaco]] di sebelah tenggara; dan [[Andorra]] dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis [[Guiana Perancis]] juga berkongsi sempadan darat dengan [[Brazil]] dan [[Suriname]], dan Saint-Martin pula bersempadan dengan [[Antillen Belanda]]. Perancis dihubungkan dengan [[United Kingdom]] melalui [[Terowong Selat]], yang berlalu di bawah [[Selat Inggeris]].
 
Perancis adalah antara anggota pertama [[Kesatuan Eropah]], ahli [[NATO]], dan ahli tetap [[Majlis Keselamatan PBB]].
 
== Sejarah ==
{{utama|Sejarah Perancis}}
=== Sejarah awal ===
Sempadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan [[Gaul]] purba yang pernah diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh [[Republik Rom|Rom]] di bawah [[Julius Caesar]] pada [[abad ke-1 SM|abad pertama SM]],<ref>[[Plutarch]] mendakwa seramai sejuta orang (barangkalinya 1 per 4 [[Gaul]]) terkorban, sejuta lagi diperhambakan, 300 puak ditakluki dan 800 kota musnah dalam [[Perang Gallik]].</ref> maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom ([[bahasa Latin]], yang berevolusi menjadi [[bahasa Perancis]]) serta juga budaya Rom. [[Agama Kristian]] mula bertapak pada [[abad ke-2]] dan [[abad ke-3|ke-3]] Masihi, lalu kuat bertapak pada [[abad ke-4]] dan [[abad ke-5|ke-5]] sehingga St. Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada [[kafir|kekafiran]]".
 
Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang [[Sungai Rhine]] dicerobohi puak-puak [[Jerman]], terutamanya [[orang Frank]], iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". Nama zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan [[feudalisme|feudal]] Raja-Raja [[Dinasti Capet|Capet]] di Perancis sekitar [[Paris]]. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah setelah terjatuhnya [[Empayar Rom]] untuk memeluk mazhab [[Katolik]] dan bukan [[Arianisme]] (namun [[Raja Clovis]] memeluknya pada tahun [[498]]); maka Perancis digelar "Saudari Tertua Gereja" (''La Fille Ainée de l'Eglise''), maka orang Perancis menerimanya sebagai justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian". Kewujudan Perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan [[Perjanjian Verdun]] (tahun [[843]]), dengan pembahagian Empayar [[Carolignian]] [[Charlemagne]] menjadi Francia Timur, Francia Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama.
 
[[Wangsa Carolingian]] memerintah Perancis sehingga 987, apabila [[Hugh Capet dari Perancis|Hugh Capet]] dimahkotakan sebagai [[Raja Perancis]]. Pewaris-pewarisnya, [[Wangsa Capet]], [[Wangsa Valois]] dan [[Wangsa Bourbon]], menyatukan negara Perancis melalui peperangan dan pewarisan dinasti. [[Perang Salib Albigensian]] dilancarkan pada tahun 1209 untuk menghapuskan penganut [[Cathar]] dari [[Occitania]] (di kawasan selatan Perancis masa kini), dan berakhir dengan kehancuran penganut Cathar dan kemerdekaan Perancis selatan.<ref>[http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,897752-2,00.html Massacre of the Pure]. Time. April 28, 1961.</ref> Pada tahun 1337, sebelum gelombang pertama [[Maut Hitam]],<ref>[http://encarta.msn.com/text_761568934___117/France.html France VII. — History]. Microsoft Encarta Online Encyclopedia 2009. [http://www.webcitation.org/5kwcLOXgw Archived] 2009-10-31.</ref> England dan Perancis berperang dalam [[Perang Seratus Tahun]].<ref>Don O'Reilly. "[http://www.historynet.com/magazines/military_history/3031536.html Hundred Years' War: Joan of Arc and the Siege of Orléans]". ''TheHistoryNet.com''.</ref> Dalam peristiwa paling menggerunkan ketika [[Perang-perang Keagamaan Perancis]] (1562–98), ribuan warga [[Huguenot]] dibunuh pada [[pembunuhan Hari St. Bartholomew|Hari St. Bartholomew]] pada tahun 1572.<ref>[http://www.britannica.com/EBchecked/topic/516821/Massacre-of-Saint-Bartholomews-Day Massacre of Saint Bartholomew’s Day]. Encyclopaedia Britannica.</ref> Pemerintahan beraja mencapai kemuncaknya pada [[abad ke-17]] di bawah pemerintahan [[Louis XIV dari Perancis|Louis XIV]], apabila Perancis mempunyai jumlah penduduk teramai di Eropah dan amat kuat berpengaruh terhadap politik, ekonomi dan budaya Eropah. [[Bahasa Perancis]] menjadi bahasa perantara hubungan dan hal ehwal antarabangsa sehingga abad ke-20. Kebanyakan peristiwa [[Zaman Kesedaran]] berlaku dalam lingkungan cendekiawan Perancis, sementara abad ke-18 menyaksikan para saintis Perancis mencapai kejayaan besar dalam bidang sains. Selian tiu, Perancis banyak menakluki wilayah jajahan di benua-benua Amerika, Afrika dan Asia.
 
[[Fail:Map France 1477-fr.svg|thumb|left|Perancis pada tahun 1477. Merah: sempadan Kerajaan Perancis; biru muda: kawasan kekuasaan langsung kerabat diraja]]
 
=== Penubuhan republik ===
Perancis diketuai raja-raja sehingga [[Revolusi Perancis]] pada tahun [[1789]]. Raja [[Louis XVII dari Perancis|Louis XVI]] dan ratu baginda, [[Marie Antoinette]], dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain ketika [[Pemerintahan Ganas]].<ref>[http://www.nytimes.com/1989/07/09/travel/vive-la-contre-revolution.html?sec=travel Vive la Contre-Revolution!]. The New York Times. 9 Julai 1989.</ref> Setelah berlalunya beberapa skim kerajaan yang tidak tahan lamanya, [[Napoleon Bonaparte]] mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun [[1799]], menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja [[Empayar Perancis Pertama]] ([[1804]]–[[1814]]). Sepanjang [[Perang Napoleon|beberapa peperangan]], bala tenteranya menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, sementara kerabat diraja [[Bonaparte]] dilantik sebagai raja negeri-negeri baru yang bernaung dalam empayar tersebut. Kira-kira sejuta warga Perancis terkorban sepanjang perang Napoleon.<ref>[http://www.questia.com/googleScholar.qst?docId=5001329960 Napoleon and German identity]. Magazine article by Tim Blanning; History Today, Vol. 48, April 1998.</ref>
 
Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun [[1815]] sewaktu [[Perang Waterloo]], pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun [[1830]], pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun [[1848]]. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun [[1852]] apabila [[Napoleon III dari Perancis|Louis-Napoléon Bonaparte]] mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam [[Perang Perancis-Prusia]] pada tahun [[1870]] dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga.
 
Perancis mempunyai milikan penjajahan dalam pelbagai bentuk, sejak awal abad ke-17 sehingga 1960-an. Pada abad ke-19 dan ke-20, empayar jajahannya di seluruh dunia merupakan yang kedua terbesar selepas [[Empayar British]]. Pada zaman kemuncaknya, antara tahun 1919 dan 1939, empayar jajahan Perancis kedua mencapai tanah seluas 12,347,000 kilometer persegi. Termasuk Perancis metropolitan, jumlah keluasan wilayah di bawah kedaulatan Perancis mencapai 12,898,000 kilometer persegi pada 1920-an dan 1930-an, iaitu 8.6% daripada jumlah tanah di Bumi.
 
Meskipun menang di [[Perang Dunia I]], Perancis dengan teruknya kehilangan nyawa manusia dan harta benda, menjadikannya kian lemah dalam dekad-dekad seterusnya. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular. Apabila [[Perang Dunia II]] terletus, Perancis melaksanakan saut siri kempen penyelamatan yang kurang berjaya di [[Norway]], [[Belgium]] dan [[Belanda]] dari tahun 1939 hingga 1940. Menjelang pencerobohan tiba-tiba pada pertengahan tahun 1940 oleh [[Jerman Nazi]] yang disokong [[Itali Fasis]] sejak 10 Jun 1940, kepimpinan politik Perancis menolak cadangan [[Winston Churchill]] mengenai [[Kesatuan Perancis-British]] lalu menandatangani [[penyerahan Gencatan Senjata Kedua di Compiègne]] pada 22 Jun 1940. Dasar berpakat dengan musuh yang dibangkang sesetengah pihak, mencetuskan pembentukan [[Angkatan Pembebasan Perancis]] di luar Perancis serta [[penentangan Perancis]] dalam negara. France dibebaskan dengan usaha bersama [[Amerika Syarikat]], [[United Kingdom]], [[Kanada]], Angkatan Pembebasan Perancis dan penentangan Perancis pada tahun 1944. Kemudian ''Nouvelle Armée Française'' ("tentera Perancis baru") ditubuhkan dengan bantuan bahan dan kelengkapan buatan Amerika Syarikat secara besar-besaran, lalu menyertai perjuangan bersama [[pihak Berikat]] dalam pelbagai pertempuran termasuk kempen Itali.
 
[[Republik Perancis Keempat]] ditubuhkan selepas Perang Dunia II untuk cuba mengekalkan status ekonomi dan politiknya sebagai negara yang dominan. Perancis cuba menguatkan genggamannya pada empayar penjajahannya, tetapi kemudiannya menghadapi masalah. Cubaan mengawal semula [[Indochina Perancis|Indochina]] secara tidak bersungguh-sungguh pada tahun 1946 mengakibatkan [[Perang Indochina Pertama]], yang berakhir dengan kekalahan Perancis di [[Pertempuran Dien Bien Phu]] pada tahun 1954. Cuma beberapa bulan kemudian, Perancis menghadapi konflik terbaru yang kian ganas dalam jajahan terlamanya, [[Algeria]].
 
Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara.<ref>[http://www.nytimes.com/2009/03/05/arts/design/05abroad.html?_r=1 In France, a War of Memories Over Memories of War]. The New York Times. 4 Mac 2009.</ref> Pada tahun 1958, Republik Keempat yang lemah memberi laluan kepada Republik Kelima yang bercirikan kedudukan Presiden yang lebih kukuh. Selaku presiden Republik Kelima, [[Charles de Gaulle]] berupaya memastikan perpaduan negara sambil mengambil langkah menamatkan perang. Perang Algeri dan Perang Saudara Perancis-Perancis yang terletus di ibu kota [[Algiers]], diakhiri dengan rundingan damai pada tahun 1962 yang membolehkan kemerdekaan Algeria.
 
Kebelakangan ini, pendamaian dan kerjasana Perancis dengan [[Jerman]] terbukti penting kepada persepaduan politik dan ekonomi untuk evolusi [[Kesatuan Eropah]], termasuk pengenalan matawang [[euro]] pada bulan Januari 1999. Perancis telah menerajui negara-negara ahlu Kesatuan Eropah yang hendah memperoleh faedah daripada kekuatan kesatuan kewangan ini untuk mencipta sistem politik, pertahanan dan keselamatan Kesatuan Eropah yang lebih bersatu dan berkebolehan. Namun, para pengundi Perancis tidak merestui ratifikasi [[Perjanjian Perlembagaan Eropah]] pada Mei 2005.
 
== Politik ==
{{utama|Politik Perancis}}
[[Fail:Logo de la République française.svg|thumb|Logo Republik Perancis. Cogan katanya bererti: "Kebebasan, kesamaan dan persaudaraan"]]
 
Republik Perancis ialah sebuah [[republik]] [[semiberpresiden]] [[negara kesatuan|kesatuan]] dengan tradisi demokratik yang kukuh. [[Perlembagaan Perancis|Perlembagaan]] Republik Kelima diluluskan melalui [[pungutan suara]] pada [[28 September]] [[1958]] dan banyak mengukuhkan kekuasaan cabang eksekutif berhubungan dengan [[parlimen]]. Cabang eksekutif itu sendirinya dipimpin dua orang ketua, iaitu: [[Presiden Republik Perancis|Presiden Republik]] yang diundi secara langsung oleh hak undi dewasa universal untuk penggal 5 tahun (dahulunya 7 tahun) dan merupakan Ketua Negara, dan Kerajaan, yang dipimpin [[Perdana Menteri Perancis|Perdana Menteri]] yang dilantik oleh Presiden.
 
[[Parlimen Perancis]] ialah sebuah badan perundangan dwidewan yang terdiri daripada sebuah [[Dewan Undangan Negara Perancis|Dewan Undangan Negara]] (''Assemblée Nationale'') dan sebuah [[Senat Perancis|Senat]]. Timbalan-timbalan Dewan Undangan Negara mewakili kawasan-kawasan pengundian setempan dan diundi secara langsung untuk penggal 5 tahun. Dewan Undangan berkuasa melucutkan Kabinet, dan maka itu majoriti dalam Dewan Undanganlah yang menentukan pilihan kerajaan. Senator-senator pula dipilih oleh sebuah kumpulan pengundi untuk penggal 6 tahun (asalnya 9 tahun), dan separuh kerusi-kerusinya diserahkan kepada pilihanraya setiap tahun bermula September 2008.<ref name="Senat">{{cite web |author={{fr icon}} [[French Senate]] |publisher= |year=2006 |url=http://www.senat.fr/role/index.html |title=Rôle et fonctionnement du Sénat |accessdate=2006-04-20}}</ref> Kuasa perundangan Senat adalah terhad; sekiranya timbul perselisihan antara kedua-dua dewan, Dewan Undanganlah yang menentukan keputusan muktamad, kecuali bagi undang-undang perlembagaan dan ''lois organiques'' (undang-undang yang disediakan secara langsung oleh perlembagaan) dalam sesetengah kes. Kerajaan berpengaruh kuat terhadap pembentukan agenda Parlimen.
 
Politik Perancis disifatkan oleh dua kelompok yang bertentangan haluan politik: satunya [[Politik sayap kiri|berhaluan kiri]], berpusatkan [[Parti Sosialis (Perancis)|Parti Sosialis]], dan yang lain itu [[Politik sayap kanan|berhaluan kanan]], mula-mulanya berpusatkan [[Perhimpunan untuk Republik|Rassemblement pour la République (RPR)]] dan kini pewarisnya [[Union pour un Mouvement Populaire|Kesatuan Pergerakan Popular]]. Cabang eksekutif kini didominasi ahli UPM.
 
== Daerah ==
{{utama|Daerah di Perancis}}
Perancis terbahagi kepada 26 kawasan pentadbiran, dengan 22 daripadanya di [[Perancis Metropolitan]]. 26 daerah pentadbiran ini dibahagikan lagi kepada 100 jabatan.
 
== Geografi ==
{{utama|Geografi Perancis}}
Sementara [[Perancis Metropolitan]] terletak di [[Eropah Barat]], Perancis juga mempunyai sebilangan wilayah di [[Amerika Utara]], [[Caribbean]], [[Amerika Selatan]], bahagian selatan [[Lautan Hindi]], [[Lautan Pasifik]], dan [[Antartika]].<ref>Tuntutan kedaulatan di Antartika dikawal oleh [[Sistem Perjanjian Antartik]]</ref> Wilayah-wilayah ini mempunyai bentuk kerajaan yang berbeza-beza dari [[jabatan seberang laut]] hingga [[kolektiviti seberang laut]].
 
Perancis Metropolitan meliputi 551,695&nbsp;[[kilometer persegi]] (213,010&nbsp;[[batu persegi]]) menjadikannya negara yang terbesar dari segi keluasan dalam [[Kesatuan Eropah]], hanya sedikit lebih besar berbanding [[Sepanyol]]. Perancis memiliki pelbagai landskap, dari dataran pantai di utara dan barat hingga banjaran gunung [[Alp]] di tenggara, [[Massif Central]] (Pusat Puncak Gunung) di selatan tengah dan [[Pyrenee]] di barat daya. Pada ketinggian 4,807&nbsp;[[meter]] (15,770&nbsp;[[Kaki (ukuran)|kaki]]) atas paras laut, puncak tertinggi di Eropah Barat, [[Mont Blanc]], terletak di banjaran Alp pada sempadan antara Perancis dan [[Itali]].<ref name="elevation">{{cite web |author=[[CIA]] |publisher= |year=2006 |url=https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2020.html |title=The World Factbook: Field Listing - Elevation extremes |accessdate=2006-12-14}}</ref> Perancis Metropolitan juga mempunyai sistem [[sungai]] menyeluruh seperti [[Sungai Loire]], [[Garonne]], [[Seine]] dan [[Sungai Rhône|Rhône]], yang memisahkan Massif Central daripada Alp dan mengalir ke laut Mediterranean di [[Camargue]], titik terendah di Perancis (2&nbsp;m&nbsp;/ 6.5&nbsp;kaki bawah paras laut).<ref name="elevation"/> Corsica terletak di luar pesisiran Mediterranean.
[[Fail:Satellite image of France in August 2002.jpg|thumb|Gambar satelit Perancis metropolitan, Ogos 2002]]
 
Jumlah keluasan tanah Perancis, termasuk jabatan-jabatan dan wilayah-wilayah seberang lautnya (kecuali [[Tanah Adélie]]), ialah 674,843&nbsp;kilometer persegi (260,558&nbsp;batu persegi), iaitu 0.45% jumlah keluasan tanah Bumi. Namun begitu, Perancis memiliki [[zon ekonomi eksklusif]] kedua terbesar di dunia, meliputi 11,035,000 kilometer persegi (4,260,000&nbsp;[[batu persegi]]), iaitu kira-kira 8% jumlah keluasan segala zon ekonomi eksklusif di dunia, mengekori [[Amerika Syarikat]] (11,351,000&nbsp;km²&nbsp;/ 4,383,000&nbsp;batu persegi) dan mendahului [[Australia]] (8,232,000&nbsp;km²&nbsp;/ 3,178,000&nbsp;batu persegi).<ref name="Pew">Menurut satu pengiraan berbeza yang disebut oleh [http://pewresearch.org/ Pusat Penyelidikan Pew], Zon Ekonomi Eksklusif Perancis adalah 10,084,201 kilometer persegi (3,893,532&nbsp;batu persegi), masih di belakang [[Amerika Syarikat]] (12,174,629&nbsp;km²&nbsp;/ 4,700,651&nbsp;batu persegi), dan masih di hadapan [[Australia]] (8,980,568&nbsp;km²&nbsp;/ 3,467,416&nbsp;batu persegi) dan [[Rusia]] (7,566,673&nbsp;km²&nbsp;/ 2,921,508&nbsp;batu persegi).</ref>
 
Perancis Metropolitan terletak di antara selarian 41° dan 50° Utara, pada sisi barar Eropah dan maka itu, terletak dalam lingkungan [[zon sederhana utara]]. Bahagian utara dan barat laut mengalami iklim sederhana, namun, satu gabungan pengaruh maritim, [[latitud]] dan [[altitud]] menghasilkan kepelbagaian iklim di baahgian-bahagian lain dalam Perancis Metropolitan.<ref name="climate">{{cite web |author=[[Minister of Foreign Affairs (France)|Ministry of Foreign Affairs]] |publisher= |year=2005 |url=http://www.diplomatie.gouv.fr/en/france_159/discovering-france_2005/france-from-to-z_1978/country_2004/geography_4405/geography_1507.html |title=Discovering France: Geography |accessdate=2006-12-29}}</ref> Bahagian tenggara didominasi [[iklim Mediterranean]]. Di barat, iklimnya ditakluki [[iklim lautan]] dengan curahan hujan yang banyak, musim sejuk yang ringan dan musim panas yang nyaman. Di pedalaman, iklimnya lebih cenderung kepada [[iklim benua]] dengan musim panas yang terik dan diselubungi ribut, musim sejuk yang lebih dingin dan kurangnya hujan. [[Iklim Alp]] dan kawasan pergunungan lain terutamanya beriklim Alp secara semula jadi dengan bilangan hari-hari yang mengalami suhu di bawah paras beku melebihi 150 setiap tahun dan liputan salji bertahan sehingga enam bulan.
 
== Ekonomi ==
{{utama|Ekonomi Perancis}}
[[Fail:A380 Reveal 2.jpg|thumb|[[Airbus A380]] lengkap yang pertama di acara "A380 Reveal" di [[Toulouse]] pada [[18 Januari]] [[2005]]. Airbus ialah lambang globalisasi ekonomi Perancis dan Eropah]]
 
Ekonomi Perancis menggabungkan keusahawanan swasta berleluasa (hampir 2.5 juta syarikat berdaftar) dengan campur tangan kerajaan yang banyak (namun kian merosot) (lihat [[dirigisme]]). Kerajaan masih berpengaruh besar terhadap segmen-segmen penting dalam sektor prasarana, melalui milikan majoriti firma-firma kereta api, elektrik, pesawat, dan telekomunikasi. Kerajaan selama ini telah meringankan pegangannya terhadap sektor-sektor inis sejak awal [[1990-an]]. Kerajaan sedang beransur-ansur menjual pegangannya dalam [[France Télécom]], [[Air France]], serta industri insuran, perbankan dan pertahanan.
 
Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju [[G8]] merupakan ekonomi [[Daftar negara mengikut KDNK (nominal)|keenam terbesar]] di dunia pada tahun 2005, mengekori [[Amerika Syarikat]], [[Jepun]], [[Jerman]], [[Republik Rakyat China]] dan [[United Kingdom]]. France menyertai 11 negara ahli [[Kesatuan Eropah]] yang lain untuk melancarkan matawang [[Euro]] pada [[1 Januari]] [[1999]], manakala [[syiling euro|duit syiling]] dan [[wang kertas euro]] menggantikan [[franc Perancis]] (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002.
 
Menurut [[Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi|OECD]], pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima [[pelaburan langsung asing]] kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 [[1000000000 (nombor)|bilion]], mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yang sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion).
 
Dengan menerima 82 juta pelancong asing setiap tahun.<ref name="tourism.stat">{{cite web|publisher=Direction du Tourisme (French government's tourism agency)|url=http://www.tourisme.gouv.fr/fr/z2/stat/tis/att00018288/TIS_EVE2007_2008-5.pdf|title=Le tourisme international en France en 2007|accessdate=2008-06-05|format=PDF}} {{fr icon}}</ref>, Perancis merupakan tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi [[Sepanyol]] (55.6 juta pada tahun 2005) dan [[Amerika Syarikat]] (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan ([[Paris]] sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort [[ski]], dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke [[Lourdes]], sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun.
 
Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah [[Airbus]], dan merupakan satu-satunya kuasa Eropah (tidak termasuk Rusia) yang mempunyai [[spaceport]] kebangsaan sendirinya (''[[Centre Spatial Guyanais]]''). Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis penghasil [[gas rumah hijau|karbon dioksida]] yang paling kurang di kalangan tujuh negara paling berindustri di dunia. Oleh sebab pelaburan besar-besaran dalam teknologi nuklear, kebanyakan tenaga elektrik yang dihasilkan dalam negara ini dijana oleh loji tenaga nuklear (78.1% pada tahun 2006,<ref>{{cite web |author=DGEMP / Observatoire de l'énergie|year=April 2007|url=http://www.industrie.gouv.fr/energie/statisti/se_elec.htm|title=Électricité en France : les principaux résultats en 2006.|accessdate=2007-05-23}}</ref> iaitu meningkat dari cuma 8% pada tahun 1973, 24% pada tahun 1980, dan 75% pada tahun 1990).
 
== Demografi ==
{{main|Demografi Perancis}}
[[Fail:France cities.png|thumb|Bandaraya-bandaraya Perancis metropolitan dengan lebih 100,000 penduduk]]
Dengan jumlah penduduk yang dianggarkan pada 64 juta orang, Perancis ialah negara ke-23 paling ramai penduduknya di dunia. Bandaraya-bandaraya terbesar di Perancis ialah [[Paris]], [[Lyon]], [[Marseille]], [[Lille]], [[Toulouse]], [[Bordeaux]], [[Nice]], [[Strasbourg]], [[Nantes]] dan [[Rennes]].
 
Pada tahun 2003, pertumbuhan populasi semulajadi Perancis (tidak termasuk [[imigrasi]]) merupakan punca terbesar keseluruhan perumbuhan populasi semulajadi dalam [[Kesatuan Eropah]]. Pada tahun 2004, kadar pertumbuhan populasi ialah 0.68% dan kemudian pada tahun 2005 kadar kelahiran dan kesuburan terus meningkat. Peningkatan semula kelahiran berbanding kematian meningkat kepada 299,800 pada tahun 2006. Kadar kesuburan sepanjang hayat meningkat ke 2.00 pada tahun 2007, berbanding 1.92 pada tahun 2004.[http://www.insee.fr/en/ffc/pop_age4.htm]
 
Pada tahun 2004, sejumlah 140,033 orang berhijrah ke Perancis; antaranya 90,250 orang berasal dari [[Afrika]] dan 13,710 orang pula dari [[Eropah]].<ref>[http://www.migrationinformation.org/datahub/countrydata/data.cfm Inflow of third-country nationals by country of nationality]</ref> Pada tahun 2005, tahap imigrasi jatuh sedikit pada 135,890.<ref>[http://www.migrationpolicy.org/pubs/France_Elections050307.pdf Immigration and the 2007 French Presidential Elections]</ref> Perancis ialah sebuah negara yang pelbgai kaum. Menurut [[INSEE|Institut Kebangsaan Perancis untuk Kajian Statistik dan Ekonomi]], Perancis mempunyai kira-kira 4.9 juta orang pendatang kelahiran asing, antaranya 2 juta have sudah meraih kewarganegaraan Perancis.<ref name="INSEE1">{{fr icon}}{{cite web |author=INSEE |publisher= |url=http://www.insee.fr/fr/ffc/ipweb/ip1098/ip1098.html#encadre1 |title=Enquêtes annuelles de recensement 2004 et 2005 |date=[[2005-01-25]]|accessdate=2006-12-14}}</ref> Perancis merupakan destinasi leading [[pelarian|perlindungan]] utama di Eropah Barat dengan anggaran 50,000 permohonan pada tahun 2005 (jatuh 15% dari tahun 2004).<ref name="UNHCR">{{cite web |author=[[UNHCR]] |publisher= |year=2006 |url=http://www.unhcr.org/publ/PUBL/4492677f0.pdf |title=UNHCR Global Report 2005: Western Europe |accessdate=2006-12-14 |format=PDF}}</ref> [[Kesatuan Eropah]] membenarkan pergerakan bebas antara negara-negara ahlinya. Meskipun [[UK]] (serta [[Ireland]]) tidak mengenakan apa-apa sekatan, namun Perancis pula mengenakan in sekatan untuk mengawal penghijrahan [[Eropah Timur]].
 
[[Fail:Map-Francophone World.png|thumb|left|Peninggalan Perancis: peta dunia ber[[bahasa Perancis]]
{{legend|#0c5eb1|bahasa ibunda}}
{{legend|#0080ff|bahasa pentadbiran}}
{{legend|#9fceff|bahasa sekunder atau bukan rasmi}}
{{legend|#00ff00|bahasa minoriti}}]]
[[Fail:Population of France.svg|thumb|Evolusi demografi dari tahun 1960–2010 (menurut [[DESA]], 2012). Perangkaan diberi dalam jutaan orang penduduk]]
 
<!--A perennial political issue concerns [[rural depopulation]]. Over the period 1960-1999 fifteen rural ''départements'' experienced a decline in population. In the most extreme case, the population of [[Creuse]] fell by 24%.-->
 
Menurut Artikel 2 Perlembagaan, [[bahasa Perancis]] ialah satu-satunya bahasa rasmi Perancis sejak tahun 1992. Ini menjadikan Perancis satu-satunya negara Eropah barat (tidak termasuk [[negara kecil di Eropah|negara kecil]]) yang mempunyai satu bahasa rasmi sahaja. <!--However, 77 [[Languages of France|regional languages]] are also spoken, in metropolitan France as well as in the overseas departments and territories. Until recently, the French government and state school system discouraged the use of any of these languages, but they are now taught to varying degrees at some schools.<ref>[http://www.anu.edu.au/NEC/Archive/Jeanjean_paper.pdf Jeanjean, Henri. "Language Diversity in Europe: Can the EU Prevent the Genocide of Frnech Linguistic Minorities?]</ref> Other languages, such as [[Portuguese language|Portuguese]], [[Italian language|Italian]], [[Maghrebi Arabic]] and several [[Berber languages]] are spoken by immigrants.-->
 
== Budaya ==
[[Fail:Frans Hals - Portret van René Descartes.jpg|thumb|upright|[[René Descartes]], "Bapa Falsafah Moden"]]
{{utama|Budaya Perancis}}
Budaya Perancis dibentuk oleh [[Geografi Perancis|geografinya]], melalui [[Sejarah Perancis|peristiwa-peristiwa bersejarah]] yang mendalam, serta kuasa-kuasa dalam dan luar negara. Negara Perancis, khusunya ibu kota [[Paris]], memainkan peranan penting sebagai pusat [[kebudayaan tinggi]] dan [[seni perhiasan]] seluruh Eropah sejak abad ke-17, dan seluruh dunia sejak abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19, Perancis juga memainkan peranan penting dalam [[seni moden]], [[wayang gambar]], [[fesyen]] dan [[masakan]]. Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh.
 
== Lihat juga ==
* [[Perhubungan di Perancis]]
* [[Pelancongan di Perancis]]
* [[Ketenteraan di Perancis]]
* [[Pengangkutan di Perancis]]
* [[Hubungan luar Perancis]]
 
== Nota dan rujukan ==
{{reflist|2}}
 
== Pautan luar ==
{{sisterlinks|France}}
'''Kerajaan Perancis'''
* {{en icon}} [http://www.service-public.fr/etranger/english.html Laman rasmi perkhidmatan awam Perancis]
* {{en icon}} [http://www.frenchculturenow.com/ Frenchculturenow.com: Berita politik, kebudayaan dan masyarakat Perancis]
 
'''Profil negara'''
* {{wikivoyage|France}}
* {{en icon}} [http://www.britannica.com/tools/France France], dari ''[[Encyclopædia Britannica]]''
* {{en icon}} [https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/fr.html France], dari [[CIA World Factbook]]
* {{en icon}} [http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/country_profiles/998481.stm France], dari [[BBC]]
* {{fr icon}} [http://www.annuairespagesblanches.org/pages-jaunes.php Buku Telefon]
* {{fr icon}} [http://france.meteo.growiktionary.org Ramalan cuaca]
 
'''Budaya'''
* {{en icon}} [http://cocorico.com/ Cocorico! French culture]
* {{en icon}} Jurnal [http://www.french.uiuc.edu/cfc/ ''Contemporary French Civilization''], Universiti Illinois.
 
{{Eropah}}
{{Amerika Utara}}
{{Oceania}}
{{Kesatuan Eropah}}
{{NATO}}
{{Kesatuan Latin}}
{{Negara Eropah yang bertutur bahasa Romawi}}
{{portal bar|Perancis|Eropah|Geografi}}
 
[[Kategori:Perancis| ]]
[[Kategori:Republik]]