Perbezaan antara semakan "Sejarah dunia"

Bot: Menggantikan World_1000_BCE.png dengan World_in_1000_BCE.png.
(Bot: Menggantikan World_1000_BCE.png dengan World_in_1000_BCE.png.)
 
Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada [[Hilal Subur]] [[Timur Tengah]], kajian arkeologi di [[Amerika]], [[Timur Asia]] dan [[Asia Tenggara]] menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh [[Sumeria]], bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di [[Eurasia]], perkakasan [[tembaga]] dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan [[Mediterranean]] Timur, [[Timur Tengah]] dan [[China]] mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.
[[Fail:World in 1000 BCE.png|thumb|right|300px|Tahap teknologi dan masyarakat dunia, sekitar 1000 SM.]]
 
Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zaman [[budaya Chavםn]] (900 SM)). Budaya [[Moche]] bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan pinggang mangkuk logam. Malah puak [[Inca]] yang kekurangan logam telahpun memiliki bajak bermata logam, sekurang-kurangnya selepas penaklukan [[Chimor]]. Bagaimanapun, kurang penyelidikan arkeologi dijalankan di [[Peru]], dan hampir kesemua ''[[khipus]]'' (peranti rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh Inca) telah dibakar semasa [[penaklukan Sepanyol ke atas Peru]]. Sehingga akhir 2004, keseluruhan [[bandar]] masih dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah dihasilkan di situ sebelum ia dimajukan di Eropah.
14,493

suntingan