Perbezaan antara semakan "Blaise Pascal"

Saiz tidak berubah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pascal adalah seorang [[ahli matematik]] penting yang telah membantu mencipta dua bidang utama penyelidikan baru: beliau menulis sebuah karya penting mengenai subjek geometri projektif pada usia 16 tahun, dan kemudiannya bersama dengan [[Pierre de Fermat]] berkenaan teori kebarangkalian,yang sangat mempengaruhi pembangunan ekonomi moden dan sains sosial. Mengikuti [[Galileo Galilei]] dan [[Evangelista Torricelli]], pada tahun 1647, dia membantah pengikut [[Aristoteles|Aristotle]] yang menegaskan bahawa alam semulajadi terdiri sepenuhnya material dan tiada kaitan dengan [[vakum]]. Keputusan Pascal menyebabkan banyak pertikaian sebelum diterima oleh masyarakat.
 
Pada tahun 1646, dia dan kakaknya, Jacqueline mengenal pasti gerakan agama dalam [[Katolik]] yang dikenali oleh pengkritiknya sebagai [[Jansenisme]]. Pascal mengikuti pergerakan agama pada akhir 1654 dan beliau mula menulis karya berpengaruh berkenaan [[falsafah]] dan [[teologi]]. Dua karya yang paling terkenal pada ketika itu: [[Lettres provincialesProvinciales]] dan [[Pensées]], yang pertama ditulis ketika konflik antara [[Jansenisme|Jansenis]] dan [[Persatuan Jesus|Jesuit]]. Pada tahun itu, beliau juga menulis satu karya penting mengenai segitiga [[aritmetik]]. Antara tahun 1658 dan 1659, dia telah menulis mengenai [[sikloid]] dan penggunaannya dalam menghitung jumlah pepejal.
 
Sepanjang hidupnya, Pascal berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, terutama selepas usia 18 tahun; dia meninggal dunia hanya dua bulan selepas hari jadi ke-39.<ref>Hald, Anders ''A History of Probability and Statistics and Its Applications before 1750'', (Wiley Publications, 1990) pp.44</ref>