Kenyalang I'm In Love: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sixday7 (bincang | sumb.)
Baris 50:
 
==Sinopsis==
Mengisahkan AJ ([[Hafeez Mikail]]) dan Wanda ([[Ain Edruce]]) yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di [[Kuala Lumpur]] walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul (Syaffiq Sahli).
 
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra ([[Intan Najuwa]]), yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ. AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke [[Sarawak]], tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.
 
Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?