Pengacara TV Popular (ABPBH): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Umpama (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
'''Pengacara TV Popular''' ialah salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian]] yang dianjurkan secara tahunan oleh [[Berita Harian]]. Anugerah ini mengiktiraf populariti pengacara TV yang telah mengacarai program televisyen yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pengacara TV dalam kategori ini ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pengacara TV kegemaran masing-masing.
 
Anugerah ini diberikan kepada pengacara harian dan mingguan, pengemudi bual bicara, pembaca berita, pengulas/pengulas sukan, chef selebriti, perantara majlis dan ahli dokumentari yang terlibat dalam sebarang program televisyen yang dipancarkan di [[Malaysia]]. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2001 setelah lebih 13 tahun ABPBH dianjurkan. Sebelum itu, pengacara TV dimasukkan ke dalam kategori Penghibur TV Popular yang dimansuhkan kategorinya pada edisi 19962000. Antara pengacara yang pernah memenangi kategori itu ialah [[Fauziah Ahmad Daud]] (''[[Melodi (rancangan TV)|Melodi]]'').
 
Penerima pertama anugerah '''Pengacara TV Lelaki Popular''' ialah [[Jalaluddin Hassan]] yang sebelum ini terkenal sebagai dramatis. Beliau popular dengan program kuiz Who Wants To Be A Millionaire yang disiarkan di [[ntv7]] sejak tahun 1999. Pada peringkat awal kategori ini dipertandingkan, kebanyakan finalis datangnya daripada program candawara / kuiz seperti Halim Othman (Roda Impian) dan Chef Wan (Famili Ceria) sebelum era pengacaraan dokumentari mencuri tumpuan pada pertengahan 2000an menerusi kehadiran Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara & Jejak Rasul). Selepas itu, pengacara [[Aznil Nawawi]] memulakan fenomena bagi pengacaraan program berbentuk TV realiti. Antara pengacara program realiti yang pernah tercalon adalah [[Jimmy Shanley]] (Trek Selebriti), [[Ally Iskandar]] (Mentor), [[Zizan Razak]] & [[Johan Raja Lawak|Johan Yazid Lim]] (Raja Lawak). Mutakhir, kategori ini dibanjiri oleh pelawak-pelawak terkenal yang diberi peluang menjadi pengacara TV berbentuk hiburan dan jenaka. Beberapa pengemudi program bual bicara juga pernah dicalonkan dalam kategori ini antaranya [[Afdlin Shauki]] (Bila Larut Malam), [[Azwan Ali]] (Cit Cat Azwan), [[Ally Iskandar]] (Ally), [[Aznil Nawawi]] (Macam-macam Aznil), [[AC Mizal]] (AC Disini & Sembang Teh Tarik), [[Ahmad Nabil Ahmad|Nabil Ahmad]] (Lu Pikirlah Sendiri Nabil, MeleTOP & Ini Malam Kita Punya) ,[[Faizal Ismail]] (Apa Saja FBI) dan [[Muhammad Azmir Selamat|AG Selamat]] (Ye Ke?). Satu-satunya chef selebriti yang tercalon menerusi program masakan ialah Nik Micheal Imran kerana biarpun [[Chef Wan]] pernah tercalon pada tahun 2002, tetapi pada tempoh kelayakan itu beliau hanya mengacarakan program candawara Famili Ceria. [[Aznil Nawawi]] mengungguli kategori ini dengan sembilan (9) kemenangan daripada dua belas (12) pencalonan.