Panglima Mangku Negara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aamuizz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Aamuizz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Panglima Mangku Negara (P.M.N)''' ialah Darjah Pangkat Kedua dalam keluarga [[Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara]] (YMPN) dan Kelas Pertama bagi kurniaan ‘Tan Sri’. Penyandangnya bergelar ‘Tan Sri’ dan jika beristeri, maka isterinya bergelar ‘Puan Sri’. Dikurniakan kepada mereka yang ternama dan bertaraf tinggi yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Bagi pegawai kerajaan, pengurniaan ini sesuai bagi mereka yang berada di Tingkatan Turus I. Jumlah anugerah terhad kepada 75 orang sahaja dan ini tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
 
Bintang Darjah diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah sama seperti Bintang Darjah tetapi saiznya kecil sedikit. Selepang Darjah mempunyai warna jalur putih di kedua belah tepi selepang dan jalur merah di tengah yang terletak di atas jalur kuning. Selepang ini ada ikatan reben di hujungnya dan di bawah ikatan ini tersangkut Lencana Darjah. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.