Sekkizhar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
{{wikikan}}
 
Sekkizhar (Tamil: சேக்கிழார்) ialah seorang alim yang hidup sezaman dengan [[Kulothunga Chola]].<ref>Mu Kōvintacāmi. A Survey of the Sources for the History of Tamil Literature. Annamalai University, 1977 - Tamil literature - 436 pages. p. 136.</ref> Beliau menyusun dan menghasilkan [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']] dalam 4253 ayat-ayat. [[Periya Puranam]] merakamkan riwayat hidup enam puluh tiga [[Nayanmar]], para pengikut alim [[Mahadeva|Shiva]]. Sekkizhar sendiri kemudiannya, diagungkan dan karyanya, [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']] disanjung sebagai buku kedua belas dalam [[Tirumurai|''Thirumurai'']].<ref>Sujit Mukherjee. A Dictionary of Indian Literature: Beginnings-1850. Orient Blackswan, 1998 - Literary Criticism - 434 pages. p. 356.</ref>
 
== Kelahiran dan Kehidupan ==
Nama asal Sekkizhar ialah [[Arulmozhithevan]], yang bermaksud "Ketua Bahasa Suci".<ref>M. S. Purnalingam Pillai. Tamil Literature. Asian Educational Services, 1994 - Tamil literature - 447 pages. p. 201.</ref><ref>Enamul Haque; Gouriswar Bhattacharya. Kalhār (white water-lily): studies in art, iconography, architecture, and archaeology of India and Bangladesh. Kaveri Books, 01-Mar-2007 - Art - 370 pages. p. 366.</ref><ref>Violet Paranjoti. Śaiva Siddhānta. Luzac, 1954 - Śaiva Siddhānta - 152 pages. p. 32.</ref> Beliau berasal dari kampung Kundrathur, sebuah bahagian di Puliyur-kottam di Thondaimandalam.<ref>Sujit Mukherjee. A Dictionary of Indian Literature: Beginnings-1850. Orient Blackswan, 1998 - Literary Criticism - 434 pages. p. 356.</ref> Sekkizhar seorang kanak-kanak yang amat pintar. Melihat kepintaran luarbiasanya, Raja [[Anapaya]], iaitu [[Kulothunga Chola II]] melantiknya sebagai Perdana Menteri.<ref>Shantsheela Sathianathan. Contributions of saints and seers to the music of India, Volume 1. Kanishka Publishers, Distributors, 1996 - Religion - 589 pages. p. 187.</ref> Riwayat hidupnya disanjung oleh [[Umapati Sivacharya]] dalam karyanya dalam kurun keempat belas (1313 S.M.) yang dikenali sebagai ''[[Thiruthondar Purana Saram]]''.<ref>Mohan Lal. Encyclopaedia of Indian Literature: Sasay to Zorgot. Sahitya Akademi, 1992 - Indic literature - 818 pages. p. 3904.</ref> Karya ini berasaskan kepada ''[[Thiruthonda Thokai]]'' oleh [[Nambiandar Nambi]].
 
Sekkizhar mendapat pendidikan dalam kedua-dua [[Veda]] dan Agama.
Baris 11:
 
== Kompilasi Periya Puranam ==
[[Kulothunga Chola II]], ketika itu masih lagi seorang raja muda dan seorang pemuja setia [[Mahadeva|Siva]]. Baginda meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan pusat [[Saivisme]] Tamil di [[Chidambaram]] yang telah dimulakan oleh raja-raja [[Chola]] sebelumnya.<ref>Archaeological Survey of India, India. Dept. of Archaeology. Epigraphia Indica, Volume 27,Volumes 13-14 of [Reports]: New imperial series, India Archaeological Survey. Manager of Publications, 1985. p. 96.</ref> <ref>Madras (India : State). Madras District Gazetteers, Volume 1. Superintendent, Government Press, 1962. p. 55.</ref> Pada masa yang sama, baginda amat ketagih dengan kitab erotik, [[Jivaka Chintamani|''Jivaka Chintamani'']]. Sekkizhar. Menyedari kelemahan Kulothunga, Sekkizhar menasihatkan baginda untuk mengalihkan perhatian kepada riwayat hidup pengikut-pengikut [[Mahadeva|Siva]] seperti yang diceritakan oleh [[Sundarar]] dalam [[Tiruthondar Thogai|''Tiruthondar Thogai'']].<ref>Constance Jones; James D. Ryan (2006). Encyclopedia of Hinduism. Infobase Publishing. p. 327.</ref>
 
Maka, raja itu menjemput Sekkizhar untuk mengarang riwayat orang-orang alim [[Saivisme]] sebagai suatu maha karya. Dengan pengetahuan mendalamnya dalam ''[[Veda]]'' dan Agama, Sekkizhar menghasilkan karya [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']] yang merakamkan kehidupan enam puluh tiga [[Nayanmar]]. Beliau sendiri menyanyikan maha karya ini di Dewan Seribu Tiang (Ayiram Kaal Mandapam) di kuil [[Chidambaram]]. Ini meningkatkan lagi kepopularan agama [[Saivisme]] pada zaman [[Cholapuram|Chola]].<ref>B. Natarajan; Balasubrahmanyan Ramachandran. Tillai and Nataraja. Mudgala Trust, 1994 - Chidambaram (India) - 632 pages. p. 66.</ref>
 
Menurut tradisi, ketika Sekkizhar sedang duduk termenung di kuil [[Chidambaram]] memikirkan bagaimana hendak memulakan karyanya, [[Mahadeva|Siva]] muncul dan memberikan ayat pertamanya:
Baris 25:
''malar chilambadi vaazhthi vanakuvom''
|}
Amat teruja dengan bacaan ayat-ayat [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']], [[Kulothunga Chola II]] membawa maha karya itu bersama Sekkizhar di atas gajah diraja dalam perarakan mengelilingi [[Chidambaram]].<ref>M. Arunachalam. The Saiva Saints. Gandhi Vidyalayam, 1985 - Sivaites - 238 pages. p. 206.</ref> Di sepanjang perarakan ini, [[Kulothunga Chola II]] memegang kipas Camara untuk menggipas Sekkizhar. Mahakarya ini menjadi sumbangan utama pemerintahan [[Kulothunga Chola II]]. [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']] ternyata menjadi mercu keagungan kesusasteraan zaman [[Chola]].<ref>The Home of Dancing Śivan̲ By Paul Younger</ref> Karya ini juga telah mendapa tempat pertama dalam ''[[Purana]]'' berbentuk hagiografi dalam [[Tamil]]. [[Periya Puranam|''Periya Puranam'']] juga menjadi buku kedua belas belas dan terakhir dalam ''[[Tirumurai]]''.<ref>Sailendra Nath Sen. Textbook of Indian History and Culture. Macmillan, 2007 - India - 356 pages. p. 102.</ref>
 
== Kuil-kuil Sekkizhar ==