Melaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Judul pendidikan
Baris 249:
*[[Masjid Kampung Hulu|Masjid Kampung Hulu:]] Dibina pada tahun 1728, ia merupakan salah satu masjid yang paling lama berfungsi di Melaka bersama dengan [[Masjid Kampung Keling]] dan [[Masjid Tengkera]] (Tranquerah), Jalan Tengkera. Terdapat campuran seni bina Cina, Jawa dan Arab di bahagian menara dan bumbung.
*[[Masjid Cina Melaka]]: Masjid ini direka dengan senibina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina dari gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Terletak di belakang Stadium Hang Jebat di Krubong.<ref>https://www.nst.com.my/lifestyle/jom/2017/06/244835/go-melaka-mosques</ref><ref>https://www.bharian.com.my/node/181245</ref><ref>https://m.facebook.com/MasjidCinaNegeriMelaka/</ref>
 
== Pendidikan ==
 
=== Sekolah rendah dan sekolah menengah ===
Sehingga 2018, terdapat 237 buah sekolah rendah dan 77 buah sekolah menengahdi negeri Melaka.<ref>https://www.malaysia.gov.my/public/dservice/education.html</ref> [[Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Bin|Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Bin,]] [[Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2)|Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2),]] [[Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2), Melaka|Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2)]] dan [[Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1)]] merupakan sekolah rendah berprestasi tinggi di Melaka manakala bagi sekolah menengah ialah [[Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah|Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,]] [[Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar]] dan [[Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah|Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah.]]<ref>https://moe.gov.my/index.php/en/soal-selidik/183-murid-pelajar/sekolah/1574-sekolah-berpretasi-tinggi</ref> [[Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka]] adalah salah sebuah sekolah premier di Malaysia dan merupakan sekolah kedua tertua direkodkan di negara ini selepas Penang Free School, Pulau Pinang. Kementerian Pelajaran Malaysia mendaftarkan pelajar berdasarkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebuah pusat untuk banduan juvana, Henry Gurney Prisoners School, di Telok Mas, Melaka. Ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai Sekolah Moral Tinggi, ia ditukar nama kepada Sekolah Henry Gurney pada 15 Mei 1950. Pusat ini menjalankan program pemulihan untuk pesalah juvana lelaki.
 
Melaka mempunyai tiga sekolah antarabangsa, Sekolah Antarabangsa Melaka, yang menampung komuniti tempatan; Sekolah Antarabangsa MES dan KYS, yang dikendalikan oleh guru ekspatriat, yang mengkhususkan diri dalam pengajaran Cambridge International A Levels dan menampung komuniti ekspatriat.
 
=== Pendidikan tinggi ===
Institusi termasuk:
 
* Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
 
* Kampus [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM) yang terletak di Lendu, Melaka dan Jasin.
 
* [[Kolej Perubatan Manipal Melaka]] di [[Bukit Baru]] merupakan institusi terpenting untuk pendidikan perubatan di negeri ini.
 
* [[Universiti Multimedia]] (MMU) di [[Bukit Beruang|Bukit Beruang.]]
 
* Akademi Maritim Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru.
 
* Akademi Pengajian Han Malaysia (MAHANS) di [[Hang Tuah Jaya|Hang Tuah Jaya.]]
 
Terdapat beberapa institusi yang menawarkan pendidikan kejururawatan: Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai, Institut Sains Kesihatan Dan Kejurawatan Mahkota, Kolej Kejururawatan & Kesihatan Nilam, dan Kolej Perubatan Komplementari Melaka. Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai dikaitkan dengan Hospital Pantai di Ayer Keroh manakala Institut Sains Kesihatan Dan Kejururawatan Mahkota dihubungkan dengan Pusat Perubatan Mahkota.
 
Institut Kemahiran Teknikal di Machap menyediakan latihan dalam bidang pertanian. Ia mempunyai cawangan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
 
Pengajian separuh masa boleh didapati di [[Universiti Terbuka Malaysia]] (OUM), manakala mereka yang ingin mendapatkan diploma akademik boleh mendaftar di Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCE) [[Universiti Malaya]] di Kolej Sinar.
 
Kuliah dan peperiksaan ''Association of Chartered Certified Accountants'' (ACCA) disediakan di Kolej Sinar di bandar Melaka. Kolej Sinar adalah satu-satunya institusi di negeri ini yang menawarkan pendidikan perakaunan lengkap. Kolej Sinar adalah satu-satunya pusat latihan yang diluluskan untuk kursus pelancongan. Institusi akademik lain termasuk Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM), Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka (MiCoST).
 
Kerajaan negeri Melaka memberikan bantuan kewangan terutamanya dalam bentuk pinjaman kepada penduduk setempat melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).<ref>http://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170106/283489320787720</ref> Antara kemudahan yang disediakan oleh TAPEM ialah Pinjaman Pendidikan Tinggi, Biasiswa Minor/ Biasiswa Insentif untuk Sekolah Menengah, dan Bantuan Sekolah kepada Pelajar Sekolah Rendah.<ref>https://www.melaka.gov.my/en/jkmm/departments-units/deputy-state-secretary-management/melaka-state-education-trust-tapem</ref>
 
== Pengangkutan ==