Victor Pogadaev: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Baris 25:
 
== Biografi ==
Berasal daripada keluarga seorang buruh. Bapa Uskov Alexander Nikolaevich bekerja sebagai buruh di Pusat Pekhidmatan Industri setempat, ibu Pogadaeva Agrafena Alexandrovna bertugas sebagai akauntan di cawangan Bank Negara. Datuk Pogadaev Alexander Mertemyanovich ialah seorang [[Kosek|kosek]], sedangkan nenek adalah seorang petani. Pada tahun 1964 tamat sekolah menengah di Sakmara dengan dianugerahi Pingat Emas <ref>[http://sakmaraschool.ru/joom/content/view/13/31/ Laman Web Sekolah Mengenah Umum di Sakmara – Para tamatan dengan pingat emas]</ref>. Pernah menjadi pengarang akhbar sastera sekolah “Suara Muda”. Pada tahun 1964—1965 bekerja sebagai guru bahasa Jerman di Sekolah 8 Tahun Krasny Kommunar di stesen kereta api Sakmarskaya. Pada tahun 1965—1970 — mahasiswa Jabatan Pengajian Indonesia, Institut Bahasa-bahasa Timur, Universiti Negara Moscow M.V. Lomonosov yang tamat dengan cemerlang. Antara pensyarahnya adalah sarjana kenamaan Rusia Pavlenko A. P., Demidyuk L.N., Deopik D.V., Gnevusheva E.I., Gavrilov Yu. N. Pada tahun 1970—1971 menuntut sebagai mahasiswa tanpa ijazah di Universiti Malaya dalam rangka pertukaran mahasiswa (rombongan pertama)<ref>[[:en:Malaysia–Russia relations]]</ref><ref>“From Behind the ‘Iron Curtains’ to the ‘Free World’ in the Search for Knowledge”. – “Mahasiswa Negara”, Kuala Lumpur, September 1970, Jilid 8, Bilangan 7</ref>. Pada tahun 1975 lulus pengajian siswazah (doktoral) di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Universiti Negara Moscow dengan gelar PhD dalam sejarah (tesis Parti-Parti Pembangkang di Malaysia, 1957-1971). Pada tahun 1976—1982 bekerja di Kedutaan Soviet di Jakarta (setiausaha ketiga), pada tahun 1986—1989 – di Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur (setiausaha kedua). Sejak tahun 1989 menjadi editor perunding di bahagian “Ensiklopedia Asia” Institut Ketimuran Akademi Sains Rusia, pada tahun 1996-2001 — pensyarah bahasa Indonesia di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Universiti Negara Moscow, pada tahun 1998-2001 merangkap jawatan timbalan ketua Pusat Analisis Maklumat di kumpulan akhbar Vechernyaya Moskva (Evening Moscow). Sejak bulan September tahun 2001 – pensyarah bahasa dan budaya Rusia di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
 
== Karya-karya ilmiah utama ==