Majlis Perbandaran Kulim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 165:
Pada 16hb November 1998 Y.B Dato’ Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan keatas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPPK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu Y.B Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan.
 
Berikutan dengan itu, maka pada 6hb Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincanngkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30hb. Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharaan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim oleh Yang Dipertua Kulim Dato' Kamaruddin Hj. Mohd Razali. Maka dengan ini, mulai 1hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPPK).
Percantuman :
* Santolo Board