Wehrmachtbericht: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 1:
'''Wehrmachtbericht''' ([[Bahasa Jerman]] untuk "Laporan Angkatan Tentera") merupakan laporan radio setiap hari di ''[[Grossdeutscher Rundfunk]]'' (Badan Penyiaran Reich) [[Jerman Nazi]], diterbitkan oleh [[OKW|Oberkommando der Wehrmacht]] (OKW) mengenai situasi ketenteraan di semua perbatasan [[Perang Dunia II]].
 
Ia telah disunting oleh sebuah jabatan khas propaganda yang diserapkan di dalam ''Wehrmachtfuhrungsstab'' (Staf Operasi Angkatan Tentera) di bawah Generaloberst [[Alfred Jodl]], berpandukan pada bahan cerita yang dihantar oleh ''Propagandakompanien'' yang berada bersama tentera barisan depan, manakala wartawan perang persendirian tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kesemua penyiaran mesti mendapat kelulusan dari [[Kementerian KesedaranPenerangan Awam dan Propaganda Reich]] [[Joseph Goebbels]] yang mengawal sepenuhnya institusi media Jerman, menyebabkan berlakunya persaingan yang berterusan antara birokrasi kementerian dan staf eksekutif Wehrmacht. Goebbels dan Jodl menganggap ''Wehrmachtsbericht'' sebagai satu alat penting pengerahan tentera dalam negeri di bawah keadaan perang mutlak.
 
Laporan pertama bersiaran dengan [[penjajahan Poland]] pada 1 September 1939 dan yang terakhir pula dibuat pada 9 Mei 1945 dari [[Flensburg]]. Selepas [[Operasi Barbarossa|pencerobohan Kesatuan Soviet]] pada bulan Jun 1941, laporan yang disiarkan pada waktu tengahari akan bermula dengan bunyi trompet (dari puisi simfoni ''[[Les Préludes]]'' ciptaan [[Franz Liszt]]), diikuti dengan kata-kata aluan penyampai radio, "Aus dem Führerhauptquartier, das Oberkommando der Wehrmacht gibt bekannt" ("Dari [[Markas Führer]], Markas Besar Angkatan Tentera mengumumkan").