Fedor von Bock: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
}}
 
'''Moritz Albrecht Franz Friedrich Fedor von Bock''' (3 Disember 1880 – 4 Mei 1945) ialah seorang [[Fil Marsyal]] ''([[Generalfeldmarschall]])'' tentera darat [[Jerman]] yang berkhidmat dalam [[Perang Dunia Kedua]]. Oleh kerana sebagai pemimpin yang memberi ceramah kepada askar-askarnya tentang kebaikkan berkorban untuk tanahair Jerman, beliau telah digelar ''"Der Sterber"'' (secara literal, tidak jelas dan ironinya bermaksud: "The Dier", "The Grim Reaper" atau "PenempahMalaikat Maut"). Bock bertugas sebagai Panglima [[Kumpulan Tentera Darat Utara]] dalam [[Penjajahan Poland|Pencerobohan Poland]] pada tahun 1939, Panglima [[Kumpulan Tentera Darat B]] dalam [[Pertempuran Perancis|Pencerobohan Perancis]] pada tahun 1940, Panglima [[Kumpulan Tentera Darat Tengah]] dalam serangan keatas [[Kesatuan Soviet]] pada Jun 1941 dan kemudian sebagai Panglima [[Kumpulan Tentera Darat Selatan]] pada Januari 1942; jawatan pemerintahannya yang terakhir ialah [[Kumpulan Tentera Darat B]] pada Julai 1942.
 
Bock terkenal kerana [[Operasi Typhoon]] iaitu satu percubaan yang gagal untuk menawan [[Moscow]] semasa musim sejuk tahun 1941. Penyerangan Jerman telah diperlahankan oleh tentangan sengit Soviet disekitar bandar [[Mozhaisk]], dan juga oleh [[Rasputitsa]], iaitu musim hujan dan lumpur di Rusia. Sebaik saja musim sejuk Rusia melanda dengan teruk, yang paling sejuk dalam masa lebih 50 tahun, pasukan tentera darat Jerman dengan cepat tidak boleh melakukan lagi operasi pertempuran, dengan lebih banyak askar terkorban disebabkan oleh cuaca sejuk berbanding dari pertempuran. Penyerangan balas cepat Soviet memaksa tentera Jerman berundur, dan Bock - yang meminta pengunduran awal - kemudian telah dipecat oleh [[Adolf Hitler]].