Murut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
kTiada ringkasan suntingan
Baris 13:
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh dan Bului masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.<ref>[https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/ms/warisan-tidak-ketara/adat-a-budaya/adat-tinauh-murut-tagul Adat Tinauh Murut Tagul]</ref> Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan.
 
Adat perkahwinan kaum Murut sebenarnya adalah unik kerana keluarga pasangan pengantin akan selalu bantu membantu apabila menghadapi masalah. Pihak keluarga pengantin lelaki harus membantu keluarga pihak pengantin perempuan apabila mereka memerlukan pertolongan dari segi kewangan, harta benda dan tenaga dan begitu juga sebaliknya. Bantuan diberikan kepada keluarga pihak pengantin perempuan dari segi tenaga ialah, pertama apabila berlaku kematian ahli keluarga pengantin perempuan, pihak keluarga pengantin lelaki harus membantu dari segi tenaga, kewangan, dan harta benda. Dari segi tenaga, pihak pengantin lelaki sebagai ''tumakin'' (menantu lelaki) haruslah membantu keluarga pihak pengantin perempuan untuk menggali kubur dan membuat keranda sebagai tempat simpan si mati (dahulu, keranda perlu dibuat sendiri, kalau tiada keranda maka ''Vangkalan'' (tajau besar) juga digunakan sebagai tempat simpan orang mati sebelum dikebumikan). Dari segi kewangan pula, tumakin perlu membantu keluarga pengantin perempuan untuk membeli pakaian, keranda (zaman sekarang) dan alat unrukuntuk membuat kuburan si mati. Harta benda pula ialah pihak tumakin perlulah membawa gong besi (''ahung basi''); gong tersebut akan dipalu semasa upacara sebelum pengembumian si mati. Hal yang sama juga harus dilakukan oleh keluarga pihak pengantin perempuan (''inuot'')<ref group=nota>''Inuot'' bermaksud menantu perempuan manakala ''lalaing ruandu'' ialah panggilan kepada anak perempuan yang sudah berkahwin. ''Tumakin'' pula bermaksud menantu lelaki, manakala ''lalaing ungkuyon'' merupakan anak lelaki yang sudah berkahwin. Panggilan lalaing ruandu dan lalaing ungkuyon juga sering digunakan untuk menyatakan jantina anak walapun belum berkahwin.</ref> apabila keluarga pihak tumakin mempunyai masalah kematian ahli keluarga. Bentuk bantuan pada asasnya adalah sama. Tetapi spesifik bantuan yang diberikan adalah sedikit berbeza. Dari segi kewangan pihak keluarga pengantin perempuan haruslah memberi bantuan kewangan kepada anak perempuan mereka untuk membeli barang makan dan peralatan dapur. Selain itu, pihak keluarga inuot juga akan membawa tapai, jeruk, beras, sayur-sayuran, dan daging binatang hasil buruan sebagai bekalan makanan untuk dihidangkan kepada orang yang datang dari kampung lain yang membantu berjaga siang malam sebelum si mati dikebumikan serta yang datang memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Dari aspek tenaga, pihak keluarga inuot haruslah membantu pihak keluarga pengantin lelaki memasak, dan melakukan kerja-kerja dapur bagi yang perempuan. Tugas keluarga pengantin perempuan yang lelaki pula ialah menjaga hidangan bersama tapai dan memanaskannya untuk keselesaan orang yang minum tapai tersebut (hidangan bersama tapai-"pusas" seperti sup panas, jeruk dan daging bakar). Pemberian yang dimaksudkan ini ialah bantuan yang bertimbal balas, saling membantu antara satu sama lain untuk membantu meringankan beban masalah yang ditanggung antara keluarga pasangan pengantin. Kerjasama inilah yang selalu disalah tafsir oleh sestengah pihak sebagai "berian sampai mati Murut".{{Fakta}}
 
== Kepercayaan ==