Samsung SGH-F330: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kiedd 07 (bincang | sumb.)
Laman baru: {| class="infobox" style="width: 22em; font-size:85%; text-align: left;" cellspacing="4" |- ! colspan="2" style="text-align: center; background:lightgreen;" | <big>Samsung SGH-F330</big>...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:18, 10 Januari 2008

Hanya dengan satu butang di bahagian depan telefon bimbit, pengguna boleh menikmati muzik selama 18 jam menerusi pemain muzik sedia ada yang menyokong pelbagai 'codec' untuk memainkan semua format lagu.

Samsung SGH-F330
Ensiklopedia Wikipedia
Ensiklopedia Wikipedia
PRODUK Samsung SGH-F330
HARGA RM1,399
RANGKAIAN HSPDA/GPRS/EDGE Kelas 10, 900/1800/1900 MHz
PAPARAN 262,144 Skrin Warna TFT (128 X 220)
KAMERA 2 Megapiksel (2 Zum)
CIRI MMS, JAVA, WAP 2.0
VIDEO H.263, MPEG4
MASA BERBUAL Sehingga 3.3 jam
MASA BERSEDIA Sehingga 265 jam
PEMAIN MUZIK MP3 AAC, AAC+, e-SSC+, WMA, WMDRM, OMA DRM v1.0
SAMBUNGAN Bluetooth v2.0, EDR ( A2DP/ AVRCP), USB 2.0
MEMORI dalaman 24 MB (Slot microSD sehingga 4GB)
DIMENSI 103 X 48 X 13.5 mm
BERAT 91 gm

Antara muka telefon bimbit ini diperkemaskan butang 'volume', 'play', 'pause', 'fast forward' dan 'rewind' untuk memudahkan capaian bersama dengan kemudahan penala gelombang radio FM.

Selain itu, ia dilengkapi kemudahan Windows Media Digital Rights Management (WMDRM) yang membolehkan pengguna memindahkan muzik yang dibeli menggunakan telefon bimbit ke komputer peribadi (PC) atau sebaliknya.

Lagu yang dipindahkan akan disusun secara automatik dalam pustaka muzik manakala pengguna tidak perlu meneka lagu yang dimainkan di radio kerana Sistem Data Radio (RDS) membenarkan maklumat mengenai stesen radio, rancangan, lagu serta artis yang akan dipaparkan pada skrin.

Telefon bimbit berkonsepkan gelongsor ini menyokong rangkaian telekomunikasi tanpa wayar Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA/3.5G) untuk membolehkan pengguna memindah turun fail besar, menyaksikan siaran video dan mengadakan perbualan video dengan lancarpada kelajuan 3.6 megabit sesaat.

la turut disempurnakan dengan kamera beresolusi 2.0 mega piksel dan slot kad microSD untuk menambah memori sehingga 4 Gigabait.

Pautan Luar

1.Samsung Malaysia

2.Model Samsung SGH-F330