Atharva Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 23:
Atharva Veda mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya dengan Veda-Veda lain, terutamanya [[Rig Veda]].<ref>Swami Harshananda, ''A Concise Encyclopaedia of Hinduism'', Vol.1, ms.198 </ref>
 
Veda ini lebih menumpukan kepada kehidupan di sini dan sekarang, berbanding kehidupan akan datang atau selepas kematian. Oleh itu, upacara ritual dalam Veda ini kebanyakannyaakebanyakannya adalah untuk mencapai hasrat kehidupan duniawi. Sebahagian besar Veda ini menyentuh tentang penyakit dan penawarnya, ritual untuk memanjangkan usia, ritual untuk memenuhi sesuatu hasrat atau keinginan, seni pembinaan, perdagangan, perniagaan, pentadbiran negara, ritual-ritual untuk menebus dosa, ilmu sihir, dan sebagainya.
 
Gaya sasteranya juga agak canggih berbanding tiga [[Veda]] yang lain. Maka, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa Veda ini tidak diterima dalam kelompok Veda kerana menganggapnya sebagai sesuatu untuk 'orang ramai'. Namun, kepopularan Veda ini akhirnya telah memaksa pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menerimanya sebagai [[Veda]] keempat dan memberikan sami-saminya kedudukan tinggi dalam upacara korban.
 
Atas alasan yang sama, Veda ini juga dianggap sebagai lebih muda berbanding Veda-Veda lain. Misalnya, C.V.Vaidya<ref>C.V.Vaidya, ''History of Vedic Literature'', p.156</ref>, seorang cendikiawan moden memberikanyamemberikannya tarikh antara 3000 hingga 2500 S.M. Namun, kronologi [[Veda]] adalah bidang yang amat sukar dan tidak mudah untuk menetapkan sesuatu tarikh yang tepat.
 
== Rumusan Kandungan ==
Baris 49:
 
=== Ābhicārika Sūkta ===
Sukta-sukta ini adalah bertujuan untuk menghapuskan atau mencederakan musuh -musuh yang menghalang kemajuan atau mengancam diri dan harta benda seseorang. Dengan memuaskan dewa-dewi atau sesuatu roh halus, seseorang boleh memenuhi hasratnya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'yatu' atau 'krtya'. Perkataan '<nowiki/>'''kṛṣṇendrajāla'''' digunakan untuk merujuk kepada ritual ilmu sihir yang digunakan di sini.
 
Antara ilmu-ilmu sihir yang diberikan ialah seperti untuk menghapuskan kekasih pasangan seseorang, menghapuskan roh-roh jahat, memukau orang lain untuk memenuhi sesuatu, dan sebagainya.