Tulisan Cina Tradisional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23:
Para pengguna aksara tradisional memperdebatkan bahawa aksara tradisional tidak boleh dipanggil "rumit" kerana aksara-aksara itu tidak pernah diubah menjadi lebih rumit, dengan bentuk-bentuk yang asli dikekalkan. Sebaliknya, para penyokong aksara Cina ringkas amat membantah pemerihalan aksara tradisional sebagai "baku" kerana mereka menganggap bahawa aksara-aksara ringkas yang baru adalah aksara baku sezaman. Mereka juga menunjukkan bahawa aksara tradisional bukannya aksara tradisional yang sebenar kerana tulisan China telah mengalami banyak perubahan dengan berlalunya masa. Banyak aksara Cina sejak [[Dinasti Han]] telah dibuat lebih berbunga-bunga berbanding dengan aksara-aksara yang asli.
 
Peliknya, walaupun padanan aksara Cina yang umumnya diterjemahkan sebagai "rumit" pada dirinya terdiri daripada coret yang banyak, jika bukan rumit, aksara itu tidak pernah menjalani peringkasan; ini mungkin disengajakan kerana ia menunjukkan kerumitan aksara tradisional yang ''relatif'',  berbanding dengan versi-versi ringkas. Di samping itu, sedangkan perkataan "rumit" menimbulkan konotasi yang negatif dalam [[bahasa InggerisMelayu]], padanan aksara Cina pada dirinya tidak menimbulkan sebarang konotasi yang "rumit" atau "menyusahkan"; sebaliknya, maksudnya agak kabur dan neutral kecuali apabila dikaitkan dengan aksara-aksara yang lain.
 
Sesetengah orang tua merujuk kepada aksara tradisional sebagai "aksara wajar" ({{zh-cht|c=正字|hp=zhèngzì|tp=jhèngzìh}}) dan aksara ringkas sebagai "aksara coret yang diringkaskan" (Cina tradisional: 簡筆字, {{zh-sht|s=简笔字|hp=jiǎnbǐzì|tp=jiǎnbǐzìh}}) atau "aksara coret yang dikurangkan" (Cina tradisional: 減筆字,{{zh-sht|s=减笔字|hp=jiǎnbǐzì|tp=jiǎnbǐzìh}}) ("diperingkas" dan "dikurangkan" sebenarnya merupakan [[homonim]] dalam [[bahasa Mandarin]], dengan kedua-duanya disebut sebagai ''jiǎn'' ).