Chaebol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azuru79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
→‎Pentadbiran: Pengembangan, termasuk penambahan segmen baru
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Chaebol''' (korea: [tɕɛ.bʌlcé-bol]; ({{lang-ko|재벌}}, dengar){{IPA-ko|tɕɛ̝.bʌl||Ko-재벌.oga}}) adalah [[konglomerat (syarikat)|konglomerat]] industri besar yang diuruskan dan dikawal oleh individu atau sesebuah keluarga di [[Korea Selatan]]. Chaebol sering terdiri dari sejumlah besar sekutu yang dikawal oleh seseorang pengerusi yang berpengaruh melebihi kuasa undang-undang.<ref name="Jung 2004 299–303">{{cite journal|last=Jung|first=Dong-Hyeon|title=Korean Chaebol in Transition|journal=China Report |date=August 2004|volume=40|issue=3|pages=299–303|doi=10.1177/000944550404000306|url=http://chr.sagepub.com/content/40/3/299|accessdate=13 Februari 2013}}</ref> Terdapat beberapa dozen kelompok korporat besar yang jatuh di bawah definisi ini.
 
==Pentadbiran==
Chaebol sering dibandingkan dalam lingkungan yang sama dengan [[keiretsu]](kesinambungan kepada [[zaibatsu]] pada zaman perang) di Jepun, namun dengan beberapa ciri ketara:
 
* Chaebol banyaknya masih dikawal keluarga pengasas (jauh lebih ditumpukan kepada ahli keluarga berbanding di Jepun) manakala keiretsu ditadbir kelompok pengurus profesional.
* Pemilikan chaebol lebih berpusat daripada keiretsu.
* Chaebol lebih membentuk anak-anak syarikat dalam penghasilan komponen untuk dieksport manakala syarikat-syarikat Jepun lebih mengalihdayakan tugas tersebut kepada kontraktor-kontraktor luar.
* Tidak semua chaebol punya institusi kewangan yang tersendiri - kebanyakan bergantung kepada pinjaman dan jaminan kewangan [[pemerintah Korea Selatan]] pada tahun-tahun awal, maka lebih bersekutu atau berhubungan rapat dengan pemerintah. Bahkan, chaebol diharamkan memiliki bank swasta agar ditambahkan risiko serta sokongan pemerintah ke atas bank-bank sedia ada dalam bidang pengurusan kewangan tertentu. Keiretsu pula mempunyai bank yang bekerjasama rapat memberikan akses kepada kredit tanpa had, namun banyak syarikat-syarikat ini telah mempelbagaikan amalan hutang mereka termasuklah penjualan bon saham awam.
 
Model chaebol sangat bergantung kepada suatu sistem pemilikan interlocking yang sangat rumit. Pemilik sebuah syarikat chaebol dengan bantuan ahli keluarganya sendiri, badan amal serta pengurus kanan anak syarikat perlu mentadbir sebanyak tiga hingga empat syarikat awam sahaja, di mana syarikat-syarikat ini sendiri saling mengawal anak syarikat masing-masing.<ref>{{cite journal|last=Kim|first=Dong-Woon|date=April 2003|title=Interlocking Ownership in the Korean Chaebol|journal=Corporate governance: an International Review}}</ref>
 
===Budaya kerja===
Budaya pengurusan dalam syarikat-syarikat sebegini bercirikan "kebapaan" atau paternalistik akibat pengaruh kuat unsur [[neo-Konfucius]] dalam budaya orang Korea. Pengerusi dianggap sebagai "bapa angkat" kepada para pekerja bawahannya. Pangkat dan merit dalam berkhidmat kepada sesebuah syarikat diberikan berdasarkan tempoh berkhidmat kepada sesebuah konglomerat itu.
 
Pekerja sanggup menghabiskan masa yang lama sehingga ke ke hujung minggu dan cuti sekalipun demi memuaskan hati para pentadbir mereka.<ref name=":0">{{Cite book|title=Korea: The Impossible Country|last=Tudor|first=Daniel|publisher=Tuttle|year=2012|isbn=|location=UK|pages=|quote=|via=}}</ref> Malah, kesetiaan kepada syarikat sangat tinggi diterapkan dalam kalangan kakitangan syarikat sehingga penglibatan dalam acara-acara kemasyarakatan dan kemasukan digiatkan secara kuat.
 
==Senarai chaebol mengikut [[monopoli]]==
{| class = "wikitable sortable"
|-
! Chaebol by each Groups
! data-sort-type="number" | Nilai dalam [[won Korea Selatan|won]]
! Nilai dalam [[euro]]
! Jumlah aset
! Industri
|-
| [[Samsung Group]] || 221 trilion|| 180 billion ||317.5 || Elektronik, insurans, kad, pembinaan bangunan & perkapalan
|-
| [[LG Corporation]] || 115 trilion|| 94 bilion || 69.5 || Elektronik, teknologi paparan, kimia, telekomunikasi & perdagangan
|-
| [[Hyundai Kia Automotive Group]] || 107 trilion|| 87.5 bilion ||128.7 || Permotoran, penghasilan besi & Penyimpanan
|-
| [[SK Group]] || 105 trilion|| 85.85 bilion ||85.9 || Janaan tenaga, telekomunikasi, perdagangan, pembinaan & [[semikonduktor]]
|-
| [[GS Group]] || 49.8 trilion || 40.7 bilion || 39.0 || Janaan tenaga, komersil & pembinaan
|-
| [[Lotte Corporation]] || 41.4 trilion || 33.85 bilion || 54.9 || Pembinaan, makanan, janaan tenaga, komersil
|-
| [[Hyundai Heavy Industries]] Gp || 31.3 trilion || 25.6 bilion || 42.8 || Industri berat (including [[Hyundai Mipo Dockyard]])
|-
| [[Hanwha]] || 27.24 trilion || 22.27 billion || 75.7 || Bahan letupan, panel suria, aeroangkasa, kimia, insurans
|-
| [[Hanjin]] || 26.1 trilion || 21.34 bilion || 29.1 || [[Korean Air]], Jin Air, perkapalan, industri berat
|-
| [[Kumho Asiana Group]] || 23.4 trilion || 19.13 billion || 43.9 || Asiana Air, Air Busan, construction, [[petrokimia]], penghasilan tayar
|-
| [[Doosan]] || 21.4 trilion || 17.5 bilion || 32.7 || Industri berat, tenaga atom<ref>{{cite web|title=연 결 손 익 계 산 서|language=Korean|accessdate=21 July 2015|url=http://dart.fss.or.kr/report/viewer.do?rcpNo=20090331002103&dcmNo=2189362&eleId=5&offset=72801&length=49666&dtd=dart3.xsd&displayImage=hide}}</ref>
|}
 
==Lihat juga==