Tulisan Cina Tradisional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
 
==Teks bercetak==
Apabila mencetak teks, orang-orang di [[China Tanah Besar]] dan [[Singapura]] biasanya menggunakan sistem diperingkas yang dikembangkan oleh kerajaan [[Republik Rakyat China]] pada dekad [[1950-an]]. Bagaimanapun, Republik Rakyat China juga mencetak bahan-bahan yang bertujuan dibaca di luar [[China Tanah Besar]] dengan menggunakan aksara tradisional. Bagi teks ditulis tangan, kebanyakan orang menggunakan peringkasan tidak rasmi yang kekadang bersifat peribadi. Dalam kebanyakan kes, suatu aksara alternatif ({{lang|zh|異體字}}) akan digunakan untuk menggantikan aksara yang mempunyai banyak coret, umpamanya {{lang|zh|}} untuk {{lang|zh|}}. Berbeza dengan kepercayaan popular, kebanyakan aksara alternatif tersebut sebenarnya merupakan sebahagian aksara Cina Tradisional, tetapi secara tidak formal dan mengelirukan dipanggil bentuk ringkas ({{lang|zh|簡寫}}). Walaupun tidak baku, ini biasanya diterima di luar sekolah, dengan sesetengahnya digunakan dengan amat meluas, umpamanya {{lang|zh|}} ''tái''  dalam {{lang|zh|台灣}} ''Táiwan'',  berbanding dengan aksara bakunya ({{lang|zh|}}).
 
Di samping itu, terdapat juga dua kegunaan utama bagi aksara alternatif pada masa dahulu. Pertamanya, aksara-aksara alternatif telah dipergunakan untuk mengelakkan penggunaan nama rasmi orang yang penting dalam konteks yang kurang rasmi sebagai cara untuk menunjukkan penghormatan kepada orang tersebut dengan mengekalkan aksara-aksara namanya. Perbuatan ini dipanggil "pengelakan perasaan tersinggung" ({{lang|zh|避諱}}) dalam bahasa Cina. Yang kedua, aksara-aksara alternatif digunakan ketika aksara yang sama diulang untuk menunjukkan bahawa pengulangannya telah dibuat dengan sengaja dan bukan suatu kesilapan editor ({{lang|zh|筆誤}}).
 
==Pengekodan aksara komputer==