Sultan Abdullah Ma'ayat Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Baris 1:
==Latar belakang==
 
Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Abdullah, Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran '''Sultan Abdullah Ma'ayat Shah''', Sultan Johor ke-7 dari 1615-1623<ref> Tun Ahmad Sarji, 2011, ms 69</ref> dan bersemayam di [[Batu Sawar]]<ref> Tun Ahmad Sarji, 2011, ms 69</ref>,[[Kota Tinggi]], [[Johor]]. Beliau adalah putera kepada [[Sultan Muzaffar Shah II]] dan diangkat oleh [[Sultan Iskandar Muda]],[[Acheh]] sebagai Sultan Johor bagi menggantikan [[Sultan Alauddin Riayat Shah III]], Sultan Johor ke-6 yang dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda apabila Acheh menewaskan Johor pada tahun 1615. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dikahwinkan dengan adinda Baginda.
 
== Peranan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III ==
Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri. Baginda mendirikan kota kediamannya di Pengkalan Raya, Batu Sawar. Baginda memainkan peranan penting mewujudkan persahabatan dengan Belanda pada tahun 1602. Dia juga mempengaruhi Sultan Alauddin Riyat Shah III supaya tidak mematuhi amaran Portugi bagi memutuskan hubungan dengan Belanda. Raja Abdullah datang ke kapal Belanda di Melaka, dan meminta bantuan Belanda berperang dengan Aceh.
 
Pada tahun 1613, Aceh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menyerang dan mengalahkan Johor. Raja Abdullah ditawan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III ke Aceh. Semasa di Aceh, Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan adinda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Kemudian Raja Abdullah dihantar pulang ke Johor dengan diiringi oleh pasukan Aceh.
 
Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke [[Lingga]] (Daik) dengan meminta bantuan [[Belanda]] dan [[Orang Laut]] untuk melawan [[Acheh]]. Kemudian Sultan Abdullah Ma'ayat Shah menceraikan istrinya yang juga adinda daripada Sultan Acheh Iskandar Muda.