Sultan Mahmud Shah III: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sultan Mahmud Shah III''' merupakan sultan [[Johor]]-[[Riau]]-[[Lingga]] ke-16 pada 1761-1812 Masihi. Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan [[Sultan Ahmad Riayat Shah]] (Marhum Tengah) yang mangkat pada tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud SyahShah III.<ref>Winstedt, R.O, 1992, ms 71</ref> [[Yang Dipertuan Muda]] [[Daeng Kemboja]] membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh [[Bugis]] sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan."
 
Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya [[Raja Haji]].