Perbezaan antara semakan "Graptemys nigrinoda"

tiada ringkasan suntingan
 
 
Terdapat ciri-ciri fizikal [[dimorfisme seksual]] antara jantina kura-kura, di mana saiz betina dua kali ganda lebih besar berbanding jantan. Malah, karapas betina juga lebih tinggi berbanding jantan. Manakala ekor jantan lebih panjang berbanding betina.<ref name="ref4"/> Rekod saiz terpanjang kura-kura ini yang pernah dicatatkan ialah 7.6-10.2&nbsp;cm (3–4&nbsp;in) pada jantan dan 10.2-19.1&nbsp;cm (4-7.5&nbsp;in) pada betina.
 
==Taburan habitat==
Haiwan ini berasal dari tenggara Amerika Syarikat.<ref name="ref2"/> Di Alabama, mereka boleh ditemui di Teluk Mobile. Di Mississippi, mereka ditemui di [[Sungai Tombigbee]] dan [[Sungai Black Warrior]] sehingga ke utara, Wilayah Jefferson, Alabama.<ref name="ref2"/> Spesies ini hanya bertahan hidup di [[air tawar]].<ref name="ref2"/>
 
==Habitat dan ekologi==
Kura-kura ini dikatakan aktif pada permulaan April hingga penghujung November.<ref name="ref4"/> Rutin hidupnya dipenuhi aktiviti [[Ektoterma|berjemur]] pada awal pagi sehingga senja.<ref name="ref4"/><ref name="ref7"/> Aktiviti berjemur boleh mengurangkan pembiakan [[parasit]] dan [[algae]] yang tumbuh pada badannya.<ref name="ref7"/>
 
Mereka akan segera masuk ke dalam air apabila didekati, mencari rekahan-rekahan kayu dan celah batu di dasar air.<ref name="ref6">"Black-knobbed Map Turtle." Graptemys.com Map Turtles. N.p., n.d. Web. 6 Apr. 2011. <{{cite web|url=http://www.graptemys.com/gnigrinodanigrinoda.htm |title=Archived copy |accessdate=2011-04-28 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20111008203800/http://www.graptemys.com/gnigrinodanigrinoda.htm |archivedate=8 October 2011 |df=dmy }}></ref> Kebanyakan kawasan habitat dipilih dikelilingi [[pasir]] dan [[tanah liat]].<ref name="ref3"/> Manakala anak-kura-kura memilih tempat air tenang sebagai habitat.<ref name="ref2"/>
 
Haiwan ini juga menjadikan [[kumbang]] dan [[pepatung]] yang jatuh ke dalam air sebagai makanan.<ref name="ref7">Waters, J.C. 1974. The biological significance of the basking habit in the black-knobbed sawback, ''Graptemys nigrinoda'' Cagle. Master’s Thesis, Auburn University, Auburn, Alabama.</ref> Selepas beberapa kajian terhadap kura-kura jantan dan betina, Lahanas<ref name="ref4" /> mendapati terdapat pebezaan peratusan bahan makanan antara kedua-dua jantina. Secara kasar, kura-kura jantan memilih 58% bahan makanan dari haiwan dan 40% tumbuh-tumbuhan, manakala betina memilih 70% bahan dari haiwan dan 29% tumbuh-tumbuhan. Antara tiga sumber utama makanan yang datang dari haiwan ialah [[span]], [[bryozoa]], dan [[moluska]]. Tumbuh-tumbuhan pula adalah dari jenis [[algae]].
 
Kura-kura jantan mencapai kematangan seksual sekitar 3–4 tahun manakala betina pula 7–8 tahun. Kura-kura betina boleh bertelur dalam tiga hingga empat kali setahun dan sarang telur yang dibina biasanya memuatkan lima biji [[telur]].<ref name="ref2" /> Proses pembinaan sarang bermula dari bulan Mei hingga Ogos di kawasan-kawasan berpasir.<ref name="ref4">Lahanas, P.N. 1982. Aspects of the life history of the southern black-knobbed sawback, ''Graptemys nigrinoda delticola'' Folkerts and Mount. Master’s Thesis, Auburn University, Auburn, Alabama. 243 pp.</ref> Spesies ini juga menjadikan serangga sebagai makanan.<ref name="ref3"/>
 
==Rujukan==
*[[Hobart Muir Smith|Smith, H.M.]], and E.D. Brodie, Jr. ''Reptiles of North America: A Guide to Field Identification.'' Golden Press. New York. 240 pp. {{ISBN|0-307-13666-3}} (paperback). (''Graptemys nigrinoda'', pp.&nbsp;52–53.)
 
==ExternalPautan linksluar==
* Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group 1996. [http://www.iucnredlist.org/search/details.php/9502/all Graptemys nigrinoda]. [https://web.archive.org/web/20140627000000/http://www.iucnredlist.org/ 2006 IUCN Red List of Threatened Species.] Downloaded on 29 July 2007.
 
1,619

suntingan